Rizal pada aksi separuh akhir
Piala Malaysia baru baru ini. FOTO NSTP/ RASUL AZLI SAMAD
Oleh Aziman Rosdi
Kuala Lumpur: Gara-gara
menurunkan pemain yang digantung perlawanan, Kedah menerima hukuman ditolak
tiga mata dalam saingan Liga Super oleh Jawatankuasa Tatatertib Persatuan
Bolasepak Malaysia (FAM).
Keputusan itu yang diumumkan
hari ini mendapati Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) bersalah menurunkan Mohd
Rizal Mohd Ghazali yang digantung secara automatik (akibat daripada pengumpulan
3 kad kuning pada perlawanan Liga Super 2016 yang berbeza) ketika perlawanan
Liga Super menentang Pahang pada 3 Ogos lalu di Stadium Darul Aman, Alor Setar.
Kesalahan itu berdasarkan
peraturan ‘Artikel 71(c) Kod Tatatertib FAM 2015’ berkenaan ‘Obligasi Pasukan’
dan dibaca bersama dengan ‘Artikel 57.1 Kod Tatatertib FAM 2015’.
Justeru Kedah dilucutkan hak
bagi perlawanan Liga Super 2016 menentang Pahang yang berlangsung di Stadium
Darul Aman dan pasukan tuan rumah itu dikira kalah dengan jaringan Kedah 0-3.
KFA turut didenda sebanyak
RM5,000 dan diberi amaran keras.
Walaupun ditolak tiga mata,
Kedah kekal di tangga ketiga liga dengan mengumpul 34 mata manakala Pahang
paling beruntung kerana tiga mata percuma itu melonjakkan mereka ke tangga
kelapan liga dengan 23 mata sekali gus mengelakkan diri daripada tersingkir ke
Liga Perdana tahun depan.
SUMBER-Artikel ini disiarkan
pada : Khamis, 20 Oktober 2016 @ 3:05 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan