Isnin, 5 Jun 2017

Kedah lanjut kontrak 19 pemain



ARKIB : 15/10/2005

ALOR STAR - Kedah melanjutkan kontrak 19 pemainnya termasuk dua pemain import untuk saingan liga musim baru.

Pengurus pasukan Kedah, Datuk Paduka Ahmad Basri Mohamad Akil berkata, kesemua pemain tempatan dilanjutkan kontrak selama dua tahun manakala dua pemain import telah bersetuju untuk menyambung kontrak bagi satu musim lagi.

Katanya, antara mereka yang dilanjutkan kontrak ialah Samransak Kram, Liew Kit Kiong, Hasmawi Hassan, Ahmad Fauzi Shaari, Soley Kanasian dan Mohd. Fauzi Nan dan dua pemain import tersebut adalah Mendez Gabriel serta Corneluis Huggins.

Tambah beliau, penyerang utama, Akmal Rizal Rakhli dan pemain import, Marcos Magno kekal beraksi untuk pasukan hijau kuning memandangkan kedua-duanya masih ada baki kontrak untuk satu musim lagi.

``Tindakan disiplin akan diambil kepada mana-mana pemain yang bercadang meninggalkan pasukan Kedah kerana tempoh penolakan kontrak telah pun berakhir iaitu 14 hari selepas tawaran kontrak diserahkan kepada mereka pada 26 September lalu,'' katanya pada sidang media di pejabat Persatuan Bolasepak Kedah Darulaman (KFA) di Stadium Darulaman di sini, semalam.

Ahmad Basri berkata, Kedah juga akan mengambil tiga pemain baru termasuk Wan Rohaimi Wan Ismail, bekas pemain Publik Bank yang telah memberikan persetujuan.

Dua lagi pemain masih dalam peringkat rundingan ialah Ronny Harun dari Sabah dan bekas pemain Public Bank, Elangoo Murugayah

SUMBERArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2005&dt=1015&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz4j7NX6jbU
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan