Khamis, 8 Jun 2017

Kedah kalah di Sarawak



ARKIB : 05/12/2005

KUALA LUMPUR - Kedah menerima tamparan hebat membuka tirai kempen pertama Liga Perdana Kumpulan A musim 2005/2006 apabila tewas 2-4 kepada Sarawak di Stadium Sarawak, semalam.

Di Stadium Sultan Mohd. Ke-IV, juara Piala FAM, Kelantan membuka kempen dengan cemerlang apabila membelasah NTFA 4-1.

Di Stadium Lada, Langkawi Shahzan Muda membuka kempen dengan bergaya apabila menewaskan TNB 2-1.

Dalam Kumpulan B pula, di Stadium Lumut pula, Johor tidak menghadapi masalah apabila meraih tiga mata penuh dengan mudah menewaskan Perak UPB dengan kemenangan 2-0.

Di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur pula, skuad wargakota gagal mengambil kesempatan bermain di gelanggang sendiri apabila sekadar mencatat keputusan seri 2-2 bertemu Sabah.

Di Stadium Petaling Jaya, PKNS turut memahatkan kemenangan dengan berpesta gol apabila membelasah pasukan paling lemah PDRM 5-1.

Di Stadium Jcorp, tuan rumah Johor FC nyata gagal mengmbil kesempatan apabila sekadar mencatat keputusan seri 3-3 ketika bertemu Melaka.

Sumber-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2005&dt=1205&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz4jPBQNds1
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan