Khamis, 8 Jun 2017

Kedah bangkit Sarawak kuasai liga



ARKIB : 12/12/2005
KUALA LUMPUR - Sarawak melonjak ke tangga teratas dalam Kumpulan A bola sepak Liga Perdana selepas seri 1-1 dengan Terengganu di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, semalam.

Skuad Bujang Senang bagaimanapun berkongsi empat mata dengan Johor yang turut seri 1-1 dengan Brunei di Stadium Larkin, Johor Bahru.

Pendahulu sebelum ini, Kelantan gagal mengekalkan kedudukan apabila tumpas 3-0 kepada Kedah di Stadium Darul Aman, Alor Star.

Di Stadium Negeri Batu Kawan, Perak UPB menewaskan pasukan tuan rumah, NTFA 3-1 untuk mencatat kemenangan pertama.

Dalam aksi Kumpulan B, Johor FC mengungguli tangga teratas selepas menang tipis 1-0 ke atas Sabah di Stadium Likas, Kota Kinabalu.

Gol tunggal perlawanan itu dijaringkan oleh Gaston Marcel Conlon pada minit ke-38.

Di Stadium Hang Jebat, Bustado Andrez Sundez menjaringkan hatrik untuk membantu tuan rumah, Melaka mencatat kemenangan 3-1 ke atas PKNS.

Bustado menjaringkan gol pada minit kesembilan, 32 dan 87 sementara gol tunggal PKNS dijaringkan oleh Roman Terelo minit ke-70.

Polis turut mencatat kemenangan pertama menewaskan TNB 3-0 di Padang Pulapol, Kuala Lumpur.

Shahzan Muda pula tumpas besar 5-1 kepada Kuala Lumpur dalam aksi di Stadium Nasional Bukit Jalil.

SUMBERArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2005&dt=1212&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz4jSKMpybu
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan