Jumaat, 27 Januari 2017

Piala Malaysia, Piala Sumbangsih dipersembah kepada Sultan Kedah

Piala Malaysia, Piala Sumbangsih dipersembah kepada Sultan Kedah
MOHD. RAFIE AZIMI (RAFIE.AZIMI@UTUSAN.COM.MY)  |  27 Januari 2017 9:40 PM
Piala Malaysia, Piala Sumbangsih dipersembah kepada Sultan Kedah
Dua piala kemenangan pasukan Lang Merah, Piala Malaysia dan Piala Sumbangsih dipersembahkan kepada Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah sebelum perlawanan Liga Super Kedah bertemu Sarawak di Stadium Darulaman Alor Setar hari ini. - UTUSAN ONLINE
ALOR SETAR 27 Jan. - Lebih 25,000 penonton menjadi saksi detik bersejarah apabila Piala Malaysia dan Piala Sumbangsih yang dimenangi pasukan Kedah dipersembahkan kepada Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'afzam Shah sebentar tadi.
Upacara itu yang turut diiringi deruman motosikal berkuasa tinggi serta sorakan penyokong diadakan sebelum bermulanya sepak mula perlawanan Liga Super Kedah bertemu Sarawak di Stadium Darul Aman, di sini.
Terdahulu kedua-dua piala tersebut bersama beberapa pemain Lang Merah diarak di atas dua kenderaan pacuan empat roda mengelilingi trek di tepi padang yang mengundang tepukan gemuruh penonton.

Turut berangkat Tunku Bendahara Kedah, Tan Sri Tunku Abdul Hamid Thani Sultan Badlishah dan Tunku Temenggong Kedah, Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Tuanku Abdul Halim. - UTUSAN ONLINE

SUMBER- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/piala-malaysia-piala-sumbangsih-dipersembah-kepada-sultan-kedah-1.437208#sthash.DlPMKDpP.dpuf

Tiada ulasan:

Catat Ulasan