ARKIB : 21/06/2000
KEDAH merampas semula kedudukan
pendahulu Liga Perdana Dua apabila menewaskan Malay Mail Kuala Lumpur 2-0 pada
perlawanan di Stadium KLFA, Cheras, semalam.
Kedah mendahului satu gol di
babak pertama permainan menerusi Che Zambil Ahmad pada minit ke-35.
Pasukan pelawat itu terus
menguasai babak kedua permainan dan berjaya menyekat asakan serangan Malay Mail
Kuala Lumpur.
Azrin Shah Zainal muncul wira
Kedah apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit-minit akhir permainan.
Sementara itu, di Stadium Kubu,
impian tuan rumah Melaka untuk mengekalkan kedudukan teratas tidak berhasil
selepas mencatat keputusan seri 1-1 dengan Tentera.
Pasukan Sang Kancil menerima
tendangan penalti pertama seawal minit kelapan apabila Abdul Rahman menjatuhkan
M. Rizalruddin A. Ghani dalam kotak penalti tetapi tendangan Mohd. Ayob Alias
berjaya diselamatkan oleh Abdul Rahman.
Melaka bagaimanapun mendahului
lawan pada minit ke-56 apabila bola tangkapan oleh Abdul Rahman hasil tendangan
Rizalruddin terlepas dan disumbat masuk ke gawang gol oleh Abdul Karim Rahman.
Melaka memperoleh tendangan
penalti sekali lagi pada minit ke-58 apabila bola terkena tangan pemain
Tentera, Mohd. Zahid Hashim, tetapi Musa Talib gagal menyempurnakannya.
Namun, Tentera lebih bernasib
baik apabila Endrew Lawadin menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-65.
Di Stadium Sultan Mohamed
ke-IV, tuan rumah Kelantan membelasah Telekom Melaka 7-1 untuk melonjak ke
tangga ketiga liga.
Tuan rumah mendahului tiga gol
pada babak pertama yang turut menyaksikan Telekom Melaka memperoleh jaringan
tunggal menerusi Tan Gim Hong pada minit ke-38. Gol-gol Kelantan disumbat masuk
oleh Muhd Hardi Ahmad pada minit ke-12 dan 47, Tengku Hazman Raja Hassan (20),
Zool Ihsan Yunus (37, 79), Nik Md Musanif Nik Cob (87) dan Anuar Abu Bakar
(88).
Sumber-Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2000&dt=0621&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=sp_08.htm#ixzz4XClfXNMD
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan