WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR
25 JANUARI 2017
Kedah akan jawab, pertahan
Rizal Rizal jadi perebutan di antara Kedah dan Felda United sejak penghujung
musim tahun 2016. - Foto Persatuan Bolasepak Kedah
KEDAH akan memberikan jawapan
kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bagi mempertahankan Rizal Ghazali
yang turut dituntut kelab Liga Super, Felda United.
Setiausaha Kehormat Persatuan
Bolasepak Kedah (KFA), Datuk Aminuddin Omar ketika dihubungi Sinar Harian
berkata, afidavit yang dikemukakan oleh pengurusan kelab tersebut akan dijawab
dalam masa terdekat.
Menurutnya, Rizal masih turun
berlatih seperti biasa bersama pasukan bagi persiapan menghadapi perlawanan
kedua Liga Super menentang Sarawak di Stadium Darul Aman pada Jumaat ini.
Semalam Timbalan Pengerusi,
Jawatankuasa Status Pemain FAM, Abdul Aziz Yeob Jamaluddin berkata, Hijau
Kuning perlu menjawab afidavit yang dikemukakan Felda United walaupun Rizal
sudahpun didaftarkan sebagai pemain mereka musim ini.
FAM telah menghantar surat
kepada KFA untuk memberikan jawapan sehingga 27 Januari sebelum memutuskan
tarikh mesyuarat sebenar berkenaan isu tersebut.
Pemain tersebut sebelum ini
dilaporkan menandatangani kontrak lanjutan bersama Kedah walaupun sudah
menandatangani perjanjian dengan Felda United sebelum final Piala Malaysia
2016.
SUMBER-SINAR HARIAN ONLINE 25
JANUARI 2017
Tiada ulasan:
Catat Ulasan