SHAHRIZAL AHMAD ZAINI | | 11
Januari 2020
Akhyar menyertai JDT selepas
berhijrah dari Kedah awal tahun lalu. - Foto JST
KEDAH menerima khabar gembira
apabila Pusat Timbangtara Asia (AIAC) memutuskan tuntutan pampasan melibatkan
bekas pemainnya, Akhyar Rashid ke Johor Darul Ta'zim (JDT) awal tahun lalu
memihak kepada skuad Lang Merah itu.
Setiausaha Kehormat Persatuan
Bola Sepak Kedah (KFA), Mohd Asmirul Anuar berkata, berita berkenaan pastinya
memberikan sedikit kelegaan kepada penyokong dan peminat Hijau Kuning yang
menunggu keputusan berhubung tuntutan berkenaan sejak setahun lalu.
"Berita ini bercampur (suka
dan ralat). Suka kerana kita di pihak yang benar. Sedikit ralat kerana jumlah
pampasan yang ditawarkan tidak disertai bersama pampasan latihan (without
training compensation).
"Apa yang dapat difahami,
menurut Majlis Timbangtara, kes berpihak kepada KFA. Kita menang tetapi jumlah
pampasan yang ditetapkan masih lagi perlu dipertimbangkan.
"Malah, peguam mencadangkan
agar kami segera memfailkan tuntutan lain (terkini) selari dengan jumlah tuntutan
yang diperlukan. Tentunya kita tidak akan bertolak ansur tentang jumlah
tuntutan," katanya dalam laman sosial Facebook peribadinya.
ARTIKEL BERKAITAN:Isu Akhyar,
Kedah enggan berganjak
Bagaimanapun, Mohd Asmirul
berkata, beliau tidak dapat mendedahkan jumlah pampasan tersebut kerana ia
masih dalam proses perundangan.
"Perkara berkenaan akan
dinyatakan pada sidang media apabila kesemua proses tuntutan yang baharu siap
dibincangkan. Kita harap masih berpeluang dan masih boleh mendapatkan jumlah
pampasan latihan dengan tuntutan yang baharu.
"Apa yang ingin saya
tegaskan di sini, apapun akan kita buat demi rakyat negeri Kedah. Apapun akan
kita buat demi kesinambungan kemajuan bola sepak negeri Kedah. Apaun akan kita
buat walaupun terpaksa menanti masa. Janji kebenaran itu akan terlaksana,"
ujarnya.
Terdahulu, KFA telah mengemukakan
rayuan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) selepas tidak berpuas hati
dengan keputusan badan induk bola sepak negara itu yang menetapkan nilai
pampasan RM75,000 kepada mana-mana pasukan bagi mendapatkan khidmat Akhyar.
Bagaimanapun, Jawatankuasa Rayuan
FAM mengekalkan keputusan Akhyar hanya perlu membayar RM210,000 untuk menebus
baki kontraknya bersama KFA manakala pasukan baharunya perlu membayar RM75,000
kepada KFA.[1]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan