Selasa, 22 Disember 2020

Syazwan idam trofi bersama Kedah

MyMetroArena



Izzali Ismail

sukanteam@nstp.com.my

Alor Setar: Pemain sayap lincah yang kembali bersama Kedah, Syazwan Zainon atau dikenali Wan Karpet bertekad mencipta kegemilangan buat skuad Hijau Kuning dalam saingan yang akan bermula musim depan.

Dia yang memulakan sesi latihan pra musim bersama pemain tempatan baharu lain semalam melahirkan kesyukuran kerana masih diberi peluang dan kepercayaan daripada pihak pengurusan dan barisan kejurulatihan Kedah Darul Aman FC.

"Syukur Alhamdulillah kerana saya masih diberi peluang dan kepercayaan daripada pihak pengurusan dan barisan kejurulatihan.

"Dari segi latihan, mungkin terasa sedikit berat kerana ini baru hari pertama iaitu lepas sebulan kita berehat dan bukan mudah untuk kita dapatkan balik kecergasan, tahap fizikal dan mental dalam masa terdekat, namun dengan usaha dan kerja keras kita akan dapat semula semua ini.

"Sasaran saya adalah mencuba sehabis baik bagi individu dan juga secara berpasukan. Saya mahukan sesuatu, kalau boleh mahukan piala untuk musim depan dan saya tahu ia bukanlah mudah, tetapi Insya-Allah jika kita bekerjasama sebagai satu pasukan, kita boleh menghasilkan sesuatu yang diidamkan," katanya.

Syazwan yang menyertai Selangor selama dua musim berkata, semangatnya kembali kembali memuncak seperti yang dirasainya pada musim penyertaan bersama skuad Lang Merah sebelum ini.

"Saya bersemangat macam ketika beraksi dengan Kedah sebelum ini dan jadi seronok, tambahan kita ada legenda sebagai jurulatih dalam memberi panduan untuk pasukan dan saya yakin mampu untuk buat sesuatu untuk pasukan," katanya.

Ditanya mengenai kebenaran penonton bakal kembali dibenarkan menyaksikan perlawanan Liga Malaysia (Liga M) pada musim 2021 nanti, Syazwan melahirkan rasa syukur kerana itulah harapan pemain dan penyokong yang mengharapkan kemeriahan perlawanan kembali di atas padang.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 21 Disember 2020 @ 6:36 PM

Jumaat, 6 November 2020

Lang Merah ke suku akhir

 MyMetroArena



Izzali Ismail

sukanteam@nstp.com.my

Alor Setar : Kedah layak ke saingan suku akhir saingan Piala Malaysia selepas membenam Pahang dengan kemenangan 3-2 pada aksi pusingan pertama secara kalah mati di Stadium Darul Aman sebentar tadi.

Babak permulaan berlangsung dengan penuh bersemangat oleh kedua-dua pasukan, dengan Kedah melalui penyerangnya Kipre Tchetche hampir membolosi gawang Pahang selepas percubaannya pada minit ketujuh di depan gawang berjaya dihalang penjaga gol Helmi Eliza Elias.

Selepas melakukan beberapa percubaan bahaya termasuk dari Kpah Sherman pada minit ke-12 yang gagal dimanfaatkan tuan tumah, tuan rumah mengejutkan Pahang melalui jaringan tandukan kemas Shakir Hamzah pada minit ke-17 berpunca daripada sepakan sudut Baddrol Bakhtiar.

Pahang cuba bangkit memburu gol pada minit ke-23 apabila percubaan Ivan Carlos yang menolak bola ke arah Dickson Nwakeme di depan gawang tuan rumah gagal dimanfaatkan pemain kelahiran Nigeria itu.

Pahang terus tertekan apabila Kedah terus menambah gol pada minit ke-35, sekali lagi melalui tandukan oleh Sherman yang menerima hantaran cantik Tchetche dari sebelah kiri gawang Pahang sekali gus meletakkan kedudukan 2-0.

Dua minit sebelum tamat separuh masa pertama, Kedah terus menambah derita skuad Tok Gajah dengan gol ketiga melalui umpanan pemain sayap Faizat Ghazli kepada Tchetche disambut dengan rembatan padu ke arah penjuru kiri gawang Pahang.

Tiga minit selepas babak kedua bermula Pahang mendapat 'tonik' permulaan terbaik melalui gol pertama hasil percubaan tandukan Muslim Ahmad yang berjaya menewaskan Azri Ghani, berpunca dari sepakan percuma yang diambil Nor Azam Azih.

Pahang sekali lagi mendapat peluang keemasan apabila pengadil Muhammad Nazmi menghadiahkan sepakan penalti selepas pertahanan Kedah, Renan Alves menarik baju Adam Michael namun Nwakaeme gagal mengambil peluang berkenaan apabila percubaannya sekadar terkena tiang.

Pahang akhirnya berjaya merapatkan jurang gol dengan sumbangan pemain gantian Faizal Abdul Rani pada minit ke-88 yang bermula dari gerakan Nor Azam dan sekali gus mencemaskan tuan rumah.

Namun kedudukan 3-2 berlarutan hingga tamat perlawanan menyaksikan Kedah mara ke suku akhir sementara Pahang pula tersingkir dari saingan Piala Malaysia musim ini.

Turut mara ke suku akhir ialah juara Liga Perdana, Pulau Pinang selepas menewaskan pasukan Liga Super, FELDA United FC 3-1 di Stadium Bandaraya.

Lawan skuad Harimau Kumbang di suku akhir nanti adalah pemenang perlawanan antara UiTM FC dan Kelantan yang akan membuat perhitungan di Stadium Majlis Perbandaran Manjung, Ahad ini.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 6 November 2020 @ 11:30 PM

Isnin, 5 Oktober 2020

Kedah hampiri slot Piala AFC

MyMetroArena



Syazwan Msar

mohdsyazwan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Kedah terus cemerlang dalam usaha menempah slot ke Piala AFC tahun depan apabila berjaya menumpaskan Melaka 1-0 di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, sebentar tadi.

Walaupun terpaksa menukar venue pada saat akhir namun itu bukan halangan kepada skuad Helang Merah membawa pulang tiga mata penting untuk naik ke tangga kedua Liga Super musim ini.

Ucapan terima kasih harus diberikan kepada Shakir Hamzah hasil tandukannya pada minit 19 sudah cukup membuatkan Kedah pulang dengan gembira untuk kedudukan kekal 1-0 hingga wisel penamat dibunyikan.

Manakala skuad kendalian Zainal Abidin Hassan pula kempunan untuk mendapatkan sekurang-kurangnya gol penyamaan sekali gus kekal di kedudukan sembilan liga dengan mengutip 11 mata.

Keputusan terbabit sekali gus menyaksikan Kedah hanya perlu seri pada perlawanan terakhir bertemu Perak Sabtu ini untuk kekal di kedudukan kedua terbaik Liga Super.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 5 Oktober 2020 @ 11:24 PM

Selasa, 29 September 2020

Kedah umum lengkap proses penswastaan

MyMetroArena



Izzali Ismail

sukanteam@nstp.com.my

Alor Setar: Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) mengumumkan sudah melengkapkan proses penswastaan Kelab Bolasepak (FC) merangkumi pemisahan dari Persatuan Bolasepak (FA) kepada (FC) sebelum tarikh tutup esok.

Maklumat berkenaan dikongsikan oleh media KFA dalam laman rasmi Facebook hari ini, memaklumkan KFA selesai dalam proses melengkapkan dokumen berkenaan dan seterusnya layak untuk beraksi dalam Liga Malaysia (Liga M) pada tahun hadapan yang mana kini tertakluk kepada pelesenan kelab oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) .

"Semalam, FAM mengesahkan tambahan lima lagi pasukan yang beraksi dalam Liga M berjaya melengkapkan dokumentasi untuk proses penswastaan kelab termasuk Kedah FA.

"Kelulusan ini akan melayakkan Kedah untuk beraksi dalam Liga M pada tahun hadapan dan ini tertakluk kepada pihak pelesenan kelab FAM," katanya.

KFA juga memaklumkan menerima ucapan tahniah yang dizahirkan oleh Presiden KFA merangkap Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor kepada semua pihak terbabit dalam usaha untuk merealisasi dan melengkapkan proses penswastaan ini.

"Alhamdulillah, setinggi ucapan tahniah dan penghargaan kepada semua pihak yang terbabit secara langsung atau tidak langsung dalam membantu KFA untuk melengkapkan proses penswastaan FC ini.

"Terutamanya pihak pentadbiran KFA dan pihak berkanun yang terbabit dalam memudahkan segala proses permohonan kelulusan ini," katanya.

FAM pada minggu lalu mengingatkan pasukan yang gagal menyelesaikan proses penswastaan ini, bakal menerima kesan tidak diterima untuk menyertai kejohanan kelab peringkat Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) serta Liga M membabitkan Liga Super dan Liga Perdana disamping penyingkiran ke liga amatur iaitu Liga M3 untuk musim depan.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 29 September 2020 @ 5:37 PM

Isnin, 28 September 2020

Pemain Lang Merah yakin KFA lunaskan tunggakan gaji

SHAHRIZAL AHMAD ZAINI | | 28 September 2020




Kedah antara pasukan yang mewarnai saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini. -Foto: Pahang FA

PEMAIN Kedah yakin tunggakan gaji selama tiga bulan mulai April, Mei dan Jun lalu akan dijelaskan menjelang 30 September seperti pengumuman Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Muhammad Sanusi Md Nor, semalam.


Permain pertahanan Khairul Helmi Johari berkata, keyakinan itu berdasarkan pembayaran penuh bagi gaji Julai dan Ogos dibuat badan induk bola sepak negeri itu kepada pemain serta pegawai skuad Lang Merah itu baru-baru ini.

Menurut Khairul Helmi, pembayaran gaji berkenaan juga dilaksanakan pada waktu ditetapkan dan setakat ini tiada masalah bagi gaji bulan Julai dan Ogos.


"September nanti juga rasanya tak ada masalah kerana biasanya akan dibayar sebelum tarikh 7 hari bulan. Bagi gaji Julai dan juga Ogos, ia juga tiada ada pemotongan apa-apa.

"Cuma kini pembayaran yang tertunggak adalah bagi April, Mei dan Jun akan diselesaikan sebelum 30 September nanti dan kami yakin pihak pengurusan tertinggi akan dapat menyelesaikannya lebih awal sebelum tarikh yang dimaklumkan," katanya kepada Sinar Harian semalam.

Terdahulu, Muhammad Sanusi yang juga Menteri Besar Kedah mengumumkan tunggakan gaji selama tiga bulan (April, Mei dan Jun) akan dijelaskan oleh KFA sebelum 30 September ini

Sementara itu, Khairul Helmi berkata, pengumuman berkenaan nyata memberikan khabar gembira buat kesebelasan skuad Lang Merah itu bagi mengharungi baki dua perlawanan Liga Super berdepan Melaka United 2 Oktober ini diikuti Perak pada 10 Oktober.

Katanya, pengumuman berhubung pembayaran tunggakan gaji itu juga akan memberikan motivasi kepada pemain memberikan aksi terbaik bagi melakar kejayaan pada kedua-dua perlawanan berkenaan.

"Bila dapat berita ini boleh nampak motivasi pemain agak tinggi. Cuma semalam (tewas 1-2 kepada Pahang), nasib tidak menyebelahi kami. Mungkin kerana terlalu lama 'berkampung' di Kuala Lumpur berikutan tidak boleh beraksi di Stadium Darul Aman kerana Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Pentadbiran."Mungkin perlawanan dengan Melaka United nanti kita sudah boleh bermain di Darul Aman sebelum kita menentang Perak di Ipoh bagi perlawanan terakhir musim ini," katanya.
SUMBER-Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/102932/BERITA/Sukan/

Ahad, 27 September 2020

KFA yakin tepati tarikh akhir penswastaan

MyMetroArena



Noorazura Abdul Rahman

sukanteam@nstp.com.my

Alor Setar: Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) yakin dapat melengkapkan dokumen penswastaan kelab bola sepak (FC) menjelang tarikh akhir 30 September ini seperti ditetapkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Presidennya, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, antara faktor kelewatan proses itu diselesaikan adalah kerana jabatan berkaitan urusan berkenaan ditutup susulan Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran di Kota Setar. Katanya, sehingga kini pihaknya sudah menyiapkan kira-kira 98 peratus urusan dokumen yang diperlukan dan hanya tinggal beberapa dokumen sahaja lagi untuk diselesaikan.

"Apabila jabatan berkaitan dibuka semula pada 26 September iaitu selepas PKPD Secara Pentadbiran Kota Setar tamat, kita boleh selesaikan perkara selebihnya.

"Kita juga sudah serahkan surat kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bagi meminta lanjutan, namun jika permintaan itu tidak dibenarkan, kita yakin dapat selesaikan semuanya sebelum 30 September," katanya.

Beliau berkata demkian selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas (COVID-19) Keselamatan Negeri (JKKN) di Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Kota Setar, hari ini. Muhammad Sanusi berkata, antara dokumen yang belum diselesaikan adalah berkaitan urusan di bawah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Dalam pada itu beliau berkata setakat ini masih belum ada keputusan mengenai pemilik sebenar pasukan itu pada musim depan.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 24 September 2020 @ 11:54 PM

Sabtu, 19 September 2020

IMBASAN PIALA MALAYSIA 1992 KEDAH 3-2 NEGERI SEMBILAN

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB

Kedah 3-0 Negeri Sembilan

m-26,m-75 Faridzuan Che Hamid

m-80 Peter Nieketien

PEMAIN KEDAH

AZMI MAHMUD

LEE KIN HONG

OLUBUNMI ADIGUN

MANJA MAN

LEE THEAN EWE

TIBOR ZABAN

RADHI MAT DIN

JELANI WILASTRA

AZIZ AZIZAN

PETER NIEKETIEN

FARIDZUAN CHE HAMID

PEMAIN GANTIAN

SAZIMAN ISMAIL

NORAZAM ISHAK


PEMAIN NEGERI SEMBILAN

KHAIRUDDIN IDRIS

MIROSLAV BOZIK

TAUFIK ISMAL

SHAARI SAID

MILAN HANKO

YEO SWEE HOCK

ROBERT BOZIK

MANSOR SULAIMAN

LEE TIONG KIM

M MAHENDRAN

HISHAM GANI.

PEMAIN GANTIAN

K SATHIASELVAM

PENGADIL- NAZRI ABDULLAH –PULAU PINANG.

SUMBER- BERITA MINGGU 11 OKTOBER 1992.


Rabu, 16 September 2020

Aksi Kedah, Sabah dipinda tarikh serta venue

  SUKAN



SKUAD Kedah terpaksa menjadikan Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras sebagai venue menentang Sabah ekoran pelaksanaan PKPD di daerah Kota Setar. - FB KEDAH FA

Aksi Kedah, Sabah dipinda tarikh serta venue

Oleh MUHAMAD ARDIE PUTRA SUHAIMI

15 September 2020, 8:27 pm

LIGA Bola Sepak Malaysia (MFL) mengumumkan pindaan jadual perlawanan Liga Super di antara Kedah menentang Sabah yang sepatutnya diadakan pada 19 September ini ke 21 September depan.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Dato’ Ab Ghani Hassan mengesahkan bahawa pihaknya menerima permohonan daripada pasukan Kedah berhubung pindaan tarikh dan venue tersebut.

Katanya, Stadium Darul Aman, Alor Setar terletak di dalam Daerah Kota Setar yang telah diisytihar untuk pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang berkuat kuasa pada 11 September hingga 25 September 2020.

Dimaklumkan bahawa MFL telah menerima permohonan rasmi dari pasukan Kedah mengenai permohonan pindaan tarikh dan venue bagi perlawanan tersebut kerana Stadium Darul Aman, Alor Setar terletak di dalam daerah Kota Setar yang telah diisytihar untuk pelaksanaan PKPD.

Oleh demikian, pihak MFL telah memutuskan untuk meminda tarikh dan venue bagi perlawanan tersebut di mana tarikh 19 September 2020 dan venue di Stadium Darul Aman, Alor Setar telah dipinda ke tarikh 21 September 2020 dan venue di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras selepas mendapat persetujuan bersama daripada kedua-dua pasukan.

Pindaan perlawanan tersebut juga dipinda setelah mengambil kira segala aspek seperti penyiar rasmi, komersial MFL serta pihak media.

Pindaan ini tidak melibatkan perlawanan-perlawanan lain seperti yang telah dijadualkan di mana jadual perlawanan Liga Super Malaysia 2020 telah dikemaskini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.SUMBER-KOSMO ONLINE

Selasa, 15 September 2020

Aksi Kedah bertemu Sabah tunda

MyMetroArena



Syazwan Msar

mohdsyazwan@hmetro.com.my

PERLAWANAN Kedah menentang Sabah yang sepatutnya berlangsung Sabtu ini akan ditunda pada 21 September atas faktor keselamatan berikutan peningkatan kes Covid-19 di dua negeri berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bolasepak Malaysia (MFL) Datuk Ab Ghani Hassan berkata, penundaan perlawanan terbabit dilakukan selepas mengadakan perbincangan bersama kedua-dua pihak sebelum bersetuju menetapkan Isnin depan bagi meneruskan perlawanan itu.

Beliau berkata, Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras akan menggantikan Stadium Darul Aman dengan Kedah menjadi tuan rumah kepada perlawanan itu.

"Perlawanan terbabit akan berlangsung pada waktu yang sama iaitu jam 9 malam dan penundaan perlawanan mendapat persetujuan kedua-dua pihak.

"Ketika ini, kita harus memikirkan keselamatan kedua-dua pihak selain mungkin ada masalah lain jika meneruskan perlawanan di Kedah," katanya.

Sebelum itu, Kerajaan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran di beberapa kawasan di Kedah.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, PKPD membabitkan seramai 366,787 penduduk secara keseluruhan.

Beliau berkata, perkara itu diputuskan pada mesyuarat khas sebelum ini selepas mengambil kira peningkatan kes positif Covid-19 kluster Sungai dan Tawar di daerah berkenaan.

Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan berkata, Prosedur Operasi Standard (SOP) di daerah berkenaan adalah sama seperti mana SOP PKPD Pentadbiran yang lain, termasuk larangan keluar dan masuk di kawasan berkenaan, di mana pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan melaksanakan sekatan jalan raya.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 15 September 2020 @ 5:54 PM

Kedah dapat talian hayat

MyMetroArena



Syazwan Msar

mohdsyazwan@hmetro.com.my

TEMPOH yang diberikan sudah mencukupi namun terdapat sekurang-kurangnya empat pasukan Liga Malaysia (Liga M) sehingga kini gagal melengkapkan dokumen berkaitan kewangan yang sepatutnya dihantar hari ini.

Walaupun peringatan sudah diberikan kepada semua pasukan, namun akibat gemar melakukan gerak kerja pada saat akhir menyebabkan mereka gagal menyelesaikannya pada tarikh yang sudah ditetapkan.

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Stuart Ramalingam berkata, empat pasukan berkenaan termasuk yang bersaing di Liga Super namun berhadapan beberapa masalah dalam menyelesaikan dokumentasi berkaitan kewangan.

"Berkaitan dengan Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) pula pertimbangan diberikan kepada mereka dengan melanjutkan tempoh adalah kerana ketika ini mereka berhadapan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran ketika ini sekali gus sukar untuk melakukan beberapa urusan.

"Namun, perkara itu akan dirujuk kepada Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) untuk tindakan lanjut manakala pasukan lain akan dipantau FAM.

"Jangan salah faham kerana FAM tidak memberikan talian hayat kepada mereka cuma tempoh lanjutan itu ditentukan oleh AFC nanti," katanya.

Terdahulu, difahamkan KFA sudah melengkapkan lima kriteria yang diperlukan FAM iaitu kesukanan, infrastruktur, pentadbiran, perundangan dan perniagaan sebelum tarikh tutup pada 31 Ogos lalu, namun KFA kini sedang dalam fasa menyiapkan kriteria kewangan yang tempoh tamatnya pada 15 September.

Presiden KFA yang juga Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor berkata, pihaknya mengemukakan rayuan terhadap tarikh akhir penyerahan dokumen berkenaan.

Sanusi juga memaklumkan KFA berhadapan tunggakan yang tinggi membabitkan jumlah tuntutan berkaitan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan juga Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 15 September 2020 @ 10:49 PM

Ahad, 13 September 2020

Aidil puji semangat pantang kalah Kedah

MyMetroArena

SEBAHAGIAN aksi antara Kedah bertemu Felda United semalam. FOTO FB FA Kedah

Izzali Ismail

sukanteam@nstp.com.my

KETUA Jurulatih Kedah Aidil Sharin Sahak kagum dengan sikap anak buahnya yang memiliki semangat 'pantang kalah' apabila berjaya bangkit memburu kemenangan selepas ketinggalan dalam dua perlawanan terakhir Liga Super musim ini.

Menurutnya melalui dua perlawanan itu, iaitu ketika bertemu Petaling Jaya City FC (PJ City) minggu lalu dengan kemenangan 2-1 dan keputusan sama selepas menentang Felda United FC (FUFC) semalam, ia membuktikan semangat kental skuad Kedah untuk bangkit memburu kemenangan.

"Saya lihat semangat pemain tetap teguh dalam memburu kemenangan dan mereka tidak mahu menyerah kalah biarpun diancam hebat oleh pasukan lawan apabila ketinggalan diawal perlawanan.

"Semangat juang tinggi yang ditunjukkan oleh semua pemain boleh diukur pada beberapa perlawanan lalu dan walaupun ketinggalan gol, kita akhirnya berjaya bangkit semula untuk meningkatkan kembali rentak perlawanan.

"Sebagai jurulatih saya mahu mereka teruskan fokus terbaik dalam apa juga keadaan tanpa mengiraukan sebarang tekanan yang sedang dihadapi," katanya.

Selepas meraih kemenangan 2-1 di tempat lawan ketika bertemu FUFC semalam, Aidil Sharin mahu pasukannya terus memberi tumpuan terbaik untuk berdepan Sabah di Stadium Darul Aman, Sabtu ini.

"Kemenangan empat kali berturut-turut pada musim ini sudah pasti memberi suntikan semangat lebih tinggi buat kami dan fokus seterusnya pastilah strategi yang sedang dirancang untuk bertemu Sabah.

"Jadi, tiada istilah berehat dan kami perlu terus bekerja keras dalam setiap latihan bagi mengatur perancangan penting untuk kekal bersaing," katanya.

Kedah kini menghuni tangga kedua Liga Super dengan mengutip 13 mata di belakang Johor Darul Ta'zim (JDT) yang mengungguli tangga teratas dengan 19 mataSUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 13 September 2020 @ 2:27 PM

Sabtu, 12 September 2020

Lang Merah menang lagi

AKSI di antara pemain Kedah (kiri) dan Felda United di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka, sebentar tadi. - KEDAH FA

Oleh Rozaidi Zulkifli

12 September 2020, 11:36 pm

KUALA LUMPUR: Walaupun isu tunggakan gaji belum selesai, namun semangat juang pemain Kedah tetap membara apabila melakar kemenangan ketiga berturut-turut dengan menundukkan Felda United 2-1 dalam aksi Liga Super di Jengka, sebentar tadi.Lang Merah memulakan kempen liga kembali bersambung selepas lima bulan berehat akibat Covid-19 dengan bergaya apabila merekodkan kemenangan 2-0 ke atas PDRM, sebelum menewaskan Petaling Jaya City 2-1 di Alor Setar minggu lalu.Begitupun rentak permainan hambar disajikan kedua-dua pasukan pada babak pertama di Stadium Tun Abdul Razak, menyaksikan mereka tidak banyak mencipta peluang bagi menghasilkan jaringan untuk pasukan masing-masing.Kedah hanya mampu melakukan satu percubaan tepat pada minit ke-41 menerusi tolakan lemah pemain Filipina, Amin Nazari yang menerima umpanan Baddrol Bakhtiar melalui sepakan percuma. Namun, bola mudah ditangkap penjaga gol Felda, Muhaimin Mohamad.

Tersentak dengan percubaan itu, Felda kembali mengatur gerakan serangan dan hasilnya berjaya memecah kebuntuan gol menerusi tandukan Syahmi Zamri yang menerima hantaran lintang pemain tengah, Danial Amier Norhisham dari sebelah kiri gol pelawat.

Kedudukan 1-0 kekal hingga berakhir babak pertama, sekali gus memberi sedikit senyuman kepada pengendali tuan rumah, Nidzam Jamil masuk ke bilik persalinan.

Memasuki babak kedua, Kedah tidak menunggu lama untuk menyamakan kedudukan hasil rembatan kencang penyerang sensasi dari Ivory Coast, Kipre Tchetche pada minit ke-48 selepas menerima lambungan cantik daripada Shakir Hamzah.

Gol itu nyata menyuntik semangat pemain Lang merah untuk menggandakan jaringan dan hasilnya giliran Hadin Azman mencetak nama sebagai penjaring menerusi rembatan leret yang gagal ditangkap kemas Muhaimin untuk gol kedua pelawat pada minit ke-66.

Kemenangan ini hasil kerja keras dalam satu pasukan, kami bangkit daripada ketinggalan 1-0 untuk menewaskan pasukan lawan.

Sudah tentu kami datang ke sini untuk meneruskan momentum kemenangan dan saya gembira dapat menjaringkan gol di sini sekali gus membawa pulang tiga mata,” kata Hadin selepas tamat perlawanan.

Dalam perlawanan itu juga, pasukan Felda United lima kali melakukan tuntutan untuk mendapatkan sepakan penalti namun tidak dihiraukan pengadil perlawanan Mat Zan Abdul Wahab.Kemenangan itu menyaksikan Kedah melonjak ke tangga kedua Liga Super dengan mengumpul 13 mata, ketinggalan enam mata kepada pendahulu liga Johor Darul Ta’zim (JDT).SUMBER-SUKAN UM ONLINE

Selasa, 1 September 2020

Pelitup muka istimewa Lang Merah

 MyMetroArena

KAPTEN Kedah, Baddrol Bakhtiar memakai pelitup muka  keluaran KFA  ketika skuad Lang Merah tiba di Kuala Lumpur, baru-baru ini.   FOTO ihsan KFA.

Izzali Ismail

sukanteam@nstp.com.myPERSATUAN Bolasepak Kedah (KFA) tampil memperkenalkan produk penutup hidung dan mulut (face mask) berkonsepkan aksesori kepada peminatnya ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dilanjutkan hingga ke hujung tahun ini.

Media KFA memerusi laman rasmi facebook memaklumkan penjualan produk berkenaan yang dikenali sebagai 'Green KFA Breathing Valve Mask' kini sudah dibuka untuk tempahan secara dalam talian bermula hari ini."Harga yang ditawarkan RM25 setiap set sementara harga untuk kanak-kanak pula RM18 dan pembelian tidak termasuk kos penghantaran RM6 yang mana pembelian boleh dilakukan melalui pautan https://kovra.com.my/kedahfa/.

"Setiap tempahan dalam talian untuk set penutup hidung dan mulut dengan corak warna hijau dan kuning ini sedia untuk penghantaran secara pos bermula 7 September."Bagi peminat yang mahu mendapatkan secara langsung, KFA juga menyediakan perkhidmatan jualan di premis FA Kedah di Alor Setar dan di stor jualan oleh Kovra di Bertam, Pulau Pinang bermula 8 September.

Sementara itu, Pegawai Media KFA, Tajul Arifin Bin Kamal Baharin berkata usaha dari jualan produk itu sedikit sebanyak dapat membantu sumber pendapatan KFA.


"Produk penutup hidung dan mulut ini turut digunakan pemain, jurulatih dan staf skuad Lang Merah semasa menghadiri perlawanan bola sepak.


"Dari segi keistimewaan pula ianya nampak menarik. Selain corak dan warna hijau kuning yang ditampilkan, ia juga sinonim dengan warna pasukan Kedah dan pasti ramai peminat yang mahu memakainya nanti.


"Ia selesa dipakai kerana turut dilengkapi saluran mudah bernafas dan diperbuat dari bahan kain berkualiti tinggi dan boleh dibasuh dan digunakan semula."


SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 1 September 2020 @ 6:35 PM

Ahad, 30 Ogos 2020

Lang Merah menang biarpun gaji tertunggak

Oleh Sufian Hadi Bin Mohd Sojak

29 Ogos 2020, 11:33 pmKUALA LUMPUR: Gaji tertunggak bukan menjadi tembok penghalang untuk Kedah menewas Polis Diraja Malaysia (PDRM) 2-0 dalam aksi sambungan Liga Super musim ini, sebentar tadi.Saingan di Stadium Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras itu menyaksikan Tchetche Kipre muncul wira Kedah apabila meledak dua gol masing-masing pada babak pertama.


Penyerang dari Ivory Coast itu membuka jaringan pada minit ke-29 selepas menyempurnakan sepakan penalti, disusuli gol kedua pada minit ke-36.“Bukan mudah untuk mengharungi perlawanan selepas lebih lima bulan tidak beraksi di pentas kompetitif.

“Mereka telah mempamerkan aksi bertenaga dan penuh semangat. Saya gembira dengan persembahan anak-anak buah saya.

“Perlawanan yang agak sukar sebenarnya pada malam ini, namun apa yg penting kami memperoleh tiga mata penting,” kata jurulatih Kedah, Aidil Sharin Sahak selepas tamat perlawanan.Kemenangan tersebut menyaksikan Lang Merah memungut tujuh mata setelah menang dua, seri sekali dan tewas dua.

Difahamkan, gaji skuad Lang Merah masih tertunggak dan dijangka dapat dilunaskan dalam tempoh seminggu selepas perlawanan malam ini.


Kedah bakal melayani kunjungan Petaling Jaya City bagi mengharungi perlawanan keenam, Sabtu depan.SUMBER-SUKAN UM ONLINE

'Komitmen pemain satukan Lang Merah'

  SUKAN»Bola

Ahad, 30 Ogos 2020 | 8:46pm

Pemain pertahanan PDRM (biru) bertungkus lumus mengekang serangan Kedah pada aksi Liga Super di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, semalam. Foto BERNAMA

Pemain pertahanan PDRM (biru) bertungkus lumus mengekang serangan Kedah pada aksi Liga Super di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, semalam. Foto BERNAMA

'Komitmen pemain satukan Lang Merah'

Oleh Syafiq Aznan

syafiq.aznan@bh.com.myKUALA LUMPUR: Terpalit isu tunggakan gaji selama lima bulan, namun Kedah membuktikan situasi itu bukan penghalang untuk mereka beraksi baik apabila menang 2-0 ke atas PDRM di Cheras, di sini, kelmarin.

Jurulatih skuad Lang Merah, Aidil Sharin Sahak mengakui apa yang membelenggu pasukan itu bukanlah satu perkara yang mudah namun dia bersyukur dikelilingi pemain dan barisan kejurulatihan yang sentiasa komited.

"Sejujurnya, tidak mudah kalau anda pun berada dalam situasi saya tidak menerima gaji selama lima bulan. Tetapi apa yang boleh saya katakan mengenai moral pemain, sikap dan komitmen mereka menyatukan semua.

"Banyak pejuang dan pembantu dalam pasukan ini yang membolehkan kita mengharungi situasi sebegini. Ini dibuktikan apabila kita berjaya mengutip tiga mata malam ini (kelmarin). Kita beri sokongan kepada pengurusan untuk selesaikan masalah ini dan saya yakin moral pemain akan lebih bertambah baik.


"Kita memiliki pemain senior yang baik dan pemain import yang sentiasa percaya untuk meraih sesuatu musim ini sekalipun berdepan masalah. Pada waktu ini, tiada sesiapa yang sepatutnya berhenti dan kita perlu kekal bersama.


"Sangat penting untuk ada pemain senior dan kapten yang baik. Jadi saya bertuah ada semua ini jadi saya harap ia tidak berhenti setakat ini dan diteruskan dalam baki perlawanan musim ini," katanya.


Mengulas lanjut aksi berkenaan, Aidil mengakui percaturan untuk membuat sedikit perubahan pada aksi terbabit membuahkan hasil apabila ayam tambatannya, Tchetche Kipre cemerlang meledak dua gol.


"Kipre bermain dengan posisi berbeza malam ini (kelmarin) di mana saya tidak letakkan dia sebagai penyerang tetapi di bahagian kiri yang sebelum ini sering diisi Hadin (Azman). Kita cuba lakukan kelainan sebab kita mahu main dengan cara berbeza.


"Kipre beraksi dengan baik dan mendapat dua gol. Rakan sepasukan juga banyak membantu dia. Jadi pujian perlu diberikan kepada semua atas persembahan ini. PDRM adalah lawan yang sukar kerana sentiasa menekan kita sepanjang 90 minit perlawanan," katanya.SUMBER-SUKAN BH ONLINE

Sabtu, 29 Ogos 2020

Kedah lupa soal gaji, Selangor buntu

MyMetroArena

Pemain Selangor, Mohd Syazwan Zainon (kiri) diasak pemain PJ City, Mahalli Jasuli pada aksi Liga Super. FOTO Muhammad Asyraf Sawal

Syazwan Msar

mohdsyazwan@hmetro.com.myGAJI tak dapat bukan masalah untuk pemain Kedah mencatat keputusan positif apabila berjaya menundukkan PDRM 2-0 di Stadium Kuala Lumpur, Cheras, sebentar tadi.

Walaupun dipalit dengan pelbagai isu termasuk tidak menerima gaji hampir empat bulan, pemain Kedah tetap memberikan persembahan terbaik untuk membawa pulang tiga mata penting selepas lebih tiga bulan berehat akibat pandemik Covid-19.


Peledak utama Kedah, Kipre Tchetche menjadi duri dalam daging bagi skuad The Cops apabila meledak dua gol dalam separuh masa pertama masing-masing pada minit 29 menerusi sepakan penalti manakala selang enam minit kemudian dia sekali lagi menggegarkan gawang tuan rumah hasil umpanan, Kpah Sherman untuk kedudukan 2-0.


Babak kedua bersambung menyaksikan tiada sebarang gol dijaringkan walaupun skuad bimbingan Mohamad Ishak Kunju Mohamad cuba mengatur serangan dengan keputusan kekal sehingga tamat perlawanan.



Sementara itu, perlawanan membabitkan Selangor dan PJ City di Stadium UiTM Shah Alam pula menyaksikan tiada sebarang gol berjaya dicipta oleh kedua-dua pasukan.


Walaupun skuad bimbingan B Sathiananthan dilihat lebih banyak mengasak ke kubu lawan namun pujian harus diberikan barisan benteng PJ City apabila berjaya mengekang setiap percubaan ke gawang.


Malah, melihat bahagian serangan semakin tumpul, Sathia memasukkan Wan Zack Haikal Wan Nor dan Ifedayo Olusegun namun ternyata usaha terbabit tidak cukup untuk meledak sebarang gol.


SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 29 Ogos 2020 @ 11:31 PM

Lang Merah menang biarpun gaji tertunggak


Oleh Sufian Hadi Bin Mohd Sojak

29 Ogos 2020, 11:33 pm


KUALA LUMPUR: Gaji tertunggak bukan menjadi tembok penghalang untuk Kedah menewas Polis Diraja Malaysia (PDRM) 2-0 dalam aksi sambungan Liga Super musim ini, sebentar tadi.


Saingan di Stadium Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras itu menyaksikan Tchetche Kipre muncul wira Kedah apabila meledak dua gol masing-masing pada babak pertama.


Penyerang dari Ivory Coast itu membuka jaringan pada minit ke-29 selepas menyempurnakan sepakan penalti, disusuli gol kedua pada minit ke-36.


“Bukan mudah untuk mengharungi perlawanan selepas lebih lima bulan tidak beraksi di pentas kompetitif.


“Mereka telah mempamerkan aksi bertenaga dan penuh semangat. Saya gembira dengan persembahan anak-anak buah saya.


“Perlawanan yang agak sukar sebenarnya pada malam ini, namun apa yg penting kami memperoleh tiga mata penting,” kata jurulatih Kedah, Aidil Sharin Sahak selepas tamat perlawanan.


Kemenangan tersebut menyaksikan Lang Merah memungut tujuh mata setelah menang dua, seri sekali dan tewas dua.


Difahamkan, gaji skuad Lang Merah masih tertunggak dan dijangka dapat dilunaskan dalam tempoh seminggu selepas perlawanan malam ini.


Kedah bakal melayani kunjungan Petaling Jaya City bagi mengharungi perlawanan keenam, Sabtu depan.SUMBER-UTUSAN ONLINE


Khamis, 12 Mac 2020

Kedah buka buku baharu

SUKAN»Bola
Selasa, 10 March 2020 | 4:54pm
KAPTEN Kedah Baddrol Bakhtiar. NSTP/Amran Hamid
Kedah buka buku baharu
Oleh Izzali Ismail
sukanteam@nstp.com.my
ALOR SETAR: Kapten Kedah Baddrol Bakhtiar mahu skuad Lang Merah segera bangkit daripada kekecewaan dan tampil positif serta bersemangat untuk memburu kemenangan pada aksi menentang skuad UiTM FC di Stadium UiTM Shah Alam malam esok..
                           
Pemain senior berusia 32 tahun itu berkata, kekecewaan yang dialami skuad Lang Merah selepas tewas dua kali sejak bermulanya liga musim ini tidak harus berterusan dan perlu kebangkitan segera bagi memastikan misi memburu kemenangan sulung tercapai.

"Kami perlu lupakan kekalahan kepada Terengganu FC (TFC) Sabtu lalu dan Johor Darul Ta’zim (JDT) sebelum ini sebab liga masih panjang dan kami perlu fokus dalam memburu kemenangan,” kata Baddrol.

"Kami bertekad memberikan aksi sebaik mungkin pada perlawanan bertemu UiTM FC di mana kami memerlukan tiga mata pertama yang sangat penting bagi menaikkan lagi semangat kami untuk menghadapi cabaran pada musim ini.

"Cabaran bertemu UiTM ini tidak akan kami pandang mudah dan kami akan tetap berwaspada kerana beraksi di tempat lawan pastinya sukar memandangkan kedua-dua pasukan memerlukan tiga mata berharga.”

Baddrol menganggap dua kekalahan yang dialami Kedah akan menjadi pengajaran berguna untuk skuad bangkit pada perlawanan seterusnya.

"Sebagai pemain bola sepak, kami menggangap cabaran yang dihadapi ini memberi ruang positif untuk kami memperbaiki dan seterusnya meningkat lagi mutu permainan pada aksi seterusnya.



"Kami memohon semua penyokong Kedah supaya meneruskan keyakinan dan kekal positif dalam memberi sokongan padu untuk skuad Lang Merah pada semua baki perlawanan,” katanya.[1]



[1] https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2020/03/663928/kedah-buka-buku-baharu

Jumaat, 14 Februari 2020

Kedah sedia pertahan Unity Shield bertemu Perak

Sabtu | 15 Februari 2020
WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR | | 14 Februari 2020


Perlawanan Unity Shield bertemu Perak mampu menguji dan memantapkan lagi persefahaman pemain-pemain Kedah.
KEDAH sedia mempertahankan Unity Shield menjelang perlawanan edisi kedua walaupun sedar Perak mempunyai kelebihan selaku tuan rumah pada malam esok di Ipoh.


Pengendalinya, Aidil Sharin Sahak berkata, pasukannya hadir selaku pasukan bukan pilihan, namun bersedia untuk memberikan aksi terbaik kepada The Bos Gaurus yang dibimbing ketua jurulatih berpengalaman, Mehmet Durakovic.

Menurutnya, pada waktu yang sama pemain-pemainnya juga perlu berwaspada dan mengelakkan kecederaan kerana juga dalam persediaan menghadapi Juara Liga Super 2019, JDT bagi aksi Piala Sumbangsih 2020 di laman lawan pada 28 Februari ini.



"Kami sudah tentu mahu melakukan yang terbaik selain mahu mengekalkan rekod memenangi perisai ini seperti dimenangi pada tahun yang lalu.

Aidil Sharin mahu pemainnya beraksi dengan baik bertemu Perak, namun pada waktu yang sama perlu mengelakkan kecederaan. - Foto Ahmad Zaki Osman
Aidil Sharin mahu pemainnya beraksi dengan baik bertemu Perak, namun pada waktu yang sama perlu mengelakkan kecederaan. - Foto Ahmad Zaki Osman
"Setakat ini pemain saya cukup fokus, bekerja keras dan mereka tahu apa yang perlu dibuat pada perlawanan tersebut. Kami akan berusaha untuk menang tetapi dalam masa sama juga mahu mengelakkan kecederaan bagi menghadapi JDT untuk merebut Piala Sultan Haji Ahmad Shah minggu depan," katanya kepada media sebelum sesi latihan di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti di sini semalam.

Aidil Sharin berkata, beliau meletakkan kepercayaan kepada semua pemain dan yang terbaik sahaja yang akan berjaya merebut kesebelasan utama pasukan daripada satu perlawanan ke satu perlawanan yang lain.

Sementara itu, ketua pasukan Kedah, Baddrol Bakhtiar berkata, beliau percaya pertemuan bertemu Perak menjadi medan terbaik dalam menguji persefahaman sebelum aksi penting bertemu pasukan gergasi tanah air, JDT.

Jelasnya, keserasian dalam kalangan pemain masih dicari dan diperkukuhkan oleh pasukan jurulatih untuk mencari kombinasi terbaik bagi menghadapi saingan Piala Malaysia 2020.

"Setakat ini kita masih terus mencari rentak dan keserasian. Saya melihat keserasian pasukan baru berada pada tahap 60 peratus dan kami akan berusaha gigih memantapkannya lagi menerusi latihan dan perlawanan akan datang," katanya.[1]


[1] https://www.sinarharian.com.my/article/70028/BERITA/Sukan/Kedah-sedia-pertahan-Unity-Shield-bertemu-Perak

Sabtu, 8 Februari 2020

Perak, Kedah berentap tentukan siapa jaguh Utara


Khamis, 6 Februari 2020 | 7:46pm
 
FOTO ihsan Facebook FA Kedah
Perak, Kedah berentap tentukan siapa jaguh Utara
IPOH: Perak dan Kedah sekali lagi bakal membuat perhitungan bagi merebut kejuaraan edisi kedua Unity Shield 2020 di Stadium Perak di sini, 15 Februari ini.

Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Mohammad Azlin Mohd Nazri berkata perlawanan itu akan dijadikan sebagai medan terbaik untuk membalas dendam kekalahan 0-2 pada edisi sulung di Stadium Darul Aman, Kedah, tahun lalu.

“Selain itu, Unity Shield ini juga akan dijadikan sebagai perlawanan oleh jurulatih untuk menguji keserasian para pemain Perak sebelum Liga Malaysia (Liga-M) bermula.

“Selebihnya, kita akan menjadikan perlawanan ini sebagai medan untuk himpunkan ribuan peminat Perak dan Kedah khususnya," katanya pada sidang media pengumuman perlawanan berkenaan di Pejabat PAFA, di sini hari ini.

Unity Shield adalah kejuaraan yang diilhamkan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Seri Mukhriz Mahathir dengan bertujuan mengeratkan hubungan antara dua pasukan berkenaan dan berlangsung mengikut giliran sama ada di Ipoh atau Alor Setar.

Mohammad Azlin berkata bayaran masuk yang dikenakan bagi perlawanan berkenaan adalah sebanyak RM10 bagi tempat duduk teres manakala RM5 untuk kanak-kanak.

“Hasil kutipan tiket itu nanti akan disumbangkan kepada beberapa bekas pemain Perak yang hidup dalam kesusahan dan kita harap ia sedikit sebanyak mampu meringankan bebanan mereka," katanya.

Selain itu, mengulas tentang sesi pengenalan pemain dan jersi pasukan, beliau berkata program berkenaan akan diadakan sebelum sepak mula Liga-M berlangsung pada 28 Februari ini.

“Tarikh dan tempat kita belum muktamadkan lagi dan seperti mana yang diperkatakan oleh presiden, kita kemungkinan besar akan buat program berkenaan dalam skala yang kecil bagi mengelakkan pembaziran," katanya. – BERNAMA.[i]


[i] https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2020/02/653272/perak-kedah-berentap-tentukan-siapa-jaguh-utara