Khamis, 12 Mac 2020

Kedah buka buku baharu

SUKAN»Bola
Selasa, 10 March 2020 | 4:54pm
KAPTEN Kedah Baddrol Bakhtiar. NSTP/Amran Hamid
Kedah buka buku baharu
Oleh Izzali Ismail
sukanteam@nstp.com.my
ALOR SETAR: Kapten Kedah Baddrol Bakhtiar mahu skuad Lang Merah segera bangkit daripada kekecewaan dan tampil positif serta bersemangat untuk memburu kemenangan pada aksi menentang skuad UiTM FC di Stadium UiTM Shah Alam malam esok..
                           
Pemain senior berusia 32 tahun itu berkata, kekecewaan yang dialami skuad Lang Merah selepas tewas dua kali sejak bermulanya liga musim ini tidak harus berterusan dan perlu kebangkitan segera bagi memastikan misi memburu kemenangan sulung tercapai.

"Kami perlu lupakan kekalahan kepada Terengganu FC (TFC) Sabtu lalu dan Johor Darul Ta’zim (JDT) sebelum ini sebab liga masih panjang dan kami perlu fokus dalam memburu kemenangan,” kata Baddrol.

"Kami bertekad memberikan aksi sebaik mungkin pada perlawanan bertemu UiTM FC di mana kami memerlukan tiga mata pertama yang sangat penting bagi menaikkan lagi semangat kami untuk menghadapi cabaran pada musim ini.

"Cabaran bertemu UiTM ini tidak akan kami pandang mudah dan kami akan tetap berwaspada kerana beraksi di tempat lawan pastinya sukar memandangkan kedua-dua pasukan memerlukan tiga mata berharga.”

Baddrol menganggap dua kekalahan yang dialami Kedah akan menjadi pengajaran berguna untuk skuad bangkit pada perlawanan seterusnya.

"Sebagai pemain bola sepak, kami menggangap cabaran yang dihadapi ini memberi ruang positif untuk kami memperbaiki dan seterusnya meningkat lagi mutu permainan pada aksi seterusnya.



"Kami memohon semua penyokong Kedah supaya meneruskan keyakinan dan kekal positif dalam memberi sokongan padu untuk skuad Lang Merah pada semua baki perlawanan,” katanya.[1]



[1] https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2020/03/663928/kedah-buka-buku-baharu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan