MyMetroArena
Noorazura Abdul Rahman
sukanteam@nstp.com.my
Alor Setar: Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) yakin dapat melengkapkan dokumen penswastaan kelab bola sepak (FC) menjelang tarikh akhir 30 September ini seperti ditetapkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Presidennya, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, antara faktor kelewatan proses itu diselesaikan adalah kerana jabatan berkaitan urusan berkenaan ditutup susulan Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran di Kota Setar. Katanya, sehingga kini pihaknya sudah menyiapkan kira-kira 98 peratus urusan dokumen yang diperlukan dan hanya tinggal beberapa dokumen sahaja lagi untuk diselesaikan.
"Apabila jabatan berkaitan dibuka semula pada 26 September iaitu selepas PKPD Secara Pentadbiran Kota Setar tamat, kita boleh selesaikan perkara selebihnya.
"Kita juga sudah serahkan surat kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bagi meminta lanjutan, namun jika permintaan itu tidak dibenarkan, kita yakin dapat selesaikan semuanya sebelum 30 September," katanya.
Beliau berkata demkian selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas (COVID-19) Keselamatan Negeri (JKKN) di Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Kota Setar, hari ini. Muhammad Sanusi berkata, antara dokumen yang belum diselesaikan adalah berkaitan urusan di bawah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Dalam pada itu beliau berkata setakat ini masih belum ada keputusan mengenai pemilik sebenar pasukan itu pada musim depan.
SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 24 September 2020 @ 11:54 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan