KFA sabar menunggu keputusan
FAM
SUFIAN HADI
MOHD. SOJAK | 09
Januari 2015 12:43 AM
Gary STEVEN ROBBAT (kanan)
mendapati hajatnya untuk beraksi buat
GARY STEVEN ROBBAT (kanan)
mendapati hajatnya untuk beraksi buat JDT musim ini tidak mudah kerana terus
mendapat tentangan daripada Kedah, selain turut diburu Pahang.
KUALA LUMPUR - "Kalau
pemain macam Gary (Steven Robbat) siapa tak nak? Saya yakin Kedah pun mahukan
dia".
Itu reaksi Naib Presiden
Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Datuk Othman Aziz ketika ditanya apakah mereka
tetap mahu mendapatkan khidmat pemain tengah Harimau Malaya itu biarpun dia
secara terbuka memilih untuk menyertai juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim
(JDT) musim ini.
Malah, kedudukan Gary, 23, juga
masih tergantung kerana turut menjadi rebutan juara Piala Malaysia, Pahang yang
mendakwa sudah mendapat tanda tangan pemain itu terlebih dulu sebelum dia
memilih untuk ke selatan tanah air.
Bagaimanapun kata Othman, apa
pun keputusan yang bakal diambil KFA bergantung kepada hasil mesyuarat khas
yang akan diadakan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada 16 Januari ini.
“Saya difahamkan, Gary memang
tak mahu balik Kedah, tetapi dia kena ikut peraturan berkhidmat di Kedah dulu
atau melaporkan diri kepada pengurusan KFA.
“Namun, dia tidak mengadakan
sebarang pertemuan dengan kami, sebaliknya terus pergi ke pasukan Pahang dan
JDT. Jadi, itulah puncanya.
“Dalam peraturan dia kena balik
ke negeri asal (Kedah) dan tak boleh bermain untuk mana-mana pasukan selagi
tidak mendapat sijil perpindahan daripada kami.
“Apa-apa pun kita tunggu
keputusan mesyuarat Jawatankuasa Status Pemain FAM untuk kami membuat keputusan
seterusnya,” kata Othman kepada Utusan Malaysia.
Gary menimbulkan kontroversi
apabila namanya didaftarkan oleh Pahang, Kedah dan JDT sebaik sahaja
pendaftaran pemain ditutup, 5 Disember lepas.
Bagaimanapun pemain yang
berasal dari Kulim, Kedah itu muncul dalam majlis memperkenalkan pemain JDT
bagi musim 2015 pada 29 Disember lalu sehingga menimbulkan tanda tanya.
Advertisement
Ini berikutan syarat FAM yang
menetapkan pemain yang dilepaskan oleh Harimau Muda dan berusia melebihi 23
tahun, wajib kembali berkhidmat bersama negeri kelahiran masing- masing
sekurang-kurangnya setahun sebelum boleh beraksi bersama pasukan lain.
Dalam masa yang sama, beliau
menasihatkan semua pemain Harimau Muda mengambil iktibar daripada kemelut ini
supaya tidak mendatangkan kesukaran kepada persatuan bola sepak naungan
masing-masing.
“Mereka juga boleh rujuk
bekas-bekas pemain yang mungkin pernah melalui perkara yang sama dan lihat
bagaimana mereka uruskan,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan