Jumaat, 17 Februari 2017

Cheng Hoe puji 'Messi Kedah'

FARHAN (tengah) pamer aksi memukau ketika menentang Kuala Lumpur.
Alor Setar: Penyerang berbakat Farhan Roslan dengan aksi memukau ketika mencetak hatrik bagi membantu Kedah membenam Kuala Lumpur 4-2 pada pusingan kedua Piala FA di Stadium Darul Aman, kelmarin pantas mendapat pujian jurulatih Tan Cheng Hoe.

Farhan atau lebih dikenali sebagai ‘Messi Kedah’ dalam kalangan peminat Helang Merah, diberi kepercayaan Cheng Hoe untuk menggantikan tempat pemain sayap Syazwan Zainon yang direhatkan akibat kecederaan dan dia mempamerkan kepantasannya untuk mengkucar-kacirkan pertahanan lawan.

Menurut Cheng Hoe, ketangkasan Farhan juga membuktikan dia mampu menjalankan tugas sama seperti Syazwan yang dipanggil Wan Karpet dengan pemain muda itu bersungguh-sungguh sepanjang latihan sebelum ini.


“Sumbangan tiga gol itu melonjakkan semangat semua pemain untuk terus beraksi dengan lebih bersemangat. Jaringan pertamanya musim ini adaslah ketika kami mengalahkan Pahang, Sabtu lalu,” katanya.

Farhan yang sebelum ini berada dalam barisan simpanan, dilihat semakin bersedia menggalas tugas kesebelasan utama bagi mengharungi Liga-M yang masih panjang.

Menurut Cheng Hoe, secara keseluruhan beliau berpuas hati dengan persembahan pemain Kedah dalam perlawanan kelmarin.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 Februari 2017 @ 9:26 AM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan