Ahad, 26 Februari 2017

Lang Merah 
tetap mahu Gary

KFA sabar menunggu keputusan FAM
SUFIAN HADI MOHD. SOJAK  |  09 Januari 2015 12:43 AM
Gary STEVEN ROBBAT (kanan) mendapati hajatnya untuk beraksi buat

GARY STEVEN ROBBAT (kanan) mendapati hajatnya untuk beraksi buat JDT musim ini tidak mudah kerana terus mendapat tentangan daripada Kedah, selain turut diburu Pahang.
KUALA LUMPUR - "Kalau pemain macam Gary (Steven Robbat) siapa tak nak? Saya yakin Kedah pun mahukan dia".

Itu reaksi Naib Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Datuk Othman Aziz ketika ditanya apakah mereka tetap mahu mendapatkan khidmat pemain tengah Harimau Malaya itu biarpun dia secara terbuka memilih untuk menyertai juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) musim ini.
Malah, kedudukan Gary, 23, juga masih tergantung kerana turut menjadi rebutan juara Piala Malaysia, Pahang yang mendakwa sudah mendapat tanda tangan pemain itu terlebih dulu sebelum dia memilih untuk ke selatan tanah air.

Bagaimanapun kata Othman, apa pun keputusan yang bakal diambil KFA bergantung kepada hasil mesyuarat khas yang akan diadakan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada 16 Januari ini.


“Saya difahamkan, Gary memang tak mahu balik Kedah, tetapi dia kena ikut peraturan berkhidmat di Kedah dulu atau melaporkan diri kepada pengurusan KFA.

“Namun, dia tidak mengadakan sebarang pertemuan dengan kami, sebaliknya terus pergi ke pasukan Pahang dan JDT. Jadi, itulah puncanya.

“Dalam peraturan dia kena balik ke negeri asal (Kedah) dan tak boleh bermain untuk mana-mana pasukan selagi tidak mendapat sijil perpindahan daripada kami.

“Apa-apa pun kita tunggu keputusan mesyuarat Jawatankuasa Status Pemain FAM untuk kami membuat keputusan seterusnya,” kata Othman kepada Utusan Malaysia.

Gary menimbulkan kontroversi apabila namanya didaftarkan oleh Pahang, Kedah dan JDT sebaik sahaja pendaftaran pemain ditutup, 5 Disember lepas.

Bagaimanapun pemain yang berasal dari Kulim, Kedah itu muncul dalam majlis memperkenalkan pemain JDT bagi musim 2015 pada 29 Disember lalu sehingga menimbulkan tanda tanya.
Advertisement

Ini berikutan syarat FAM yang menetapkan pemain yang dilepaskan oleh Harimau Muda dan berusia melebihi 23 tahun, wajib kembali berkhidmat bersama negeri kelahiran masing- masing sekurang-kurangnya setahun sebelum boleh beraksi bersama pasukan lain.

Dalam masa yang sama, beliau menasihatkan semua pemain Harimau Muda mengambil iktibar daripada kemelut ini supaya tidak mendatangkan kesukaran kepada persatuan bola sepak naungan masing-masing.

“Mereka juga boleh rujuk bekas-bekas pemain yang mungkin pernah melalui perkara yang sama dan lihat bagaimana mereka uruskan,” katanya.

Jumaat, 24 Februari 2017

Kedah mahu padam badi Pulau Pinang

WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR
24 FEBRUARI 2017
 Kedah mahu padam badi Pulau Pinang
Kedah mahu padam badi Pulau Pinang Cheng Hoe (kiri) mahu pemain-pemainnya tidak memandang rendah dengan keupayaan pasukan tercorot Liga Super, Pulau Pinang pada pertemuan esok.
KEDAH turun dalam misi untuk mempertahankan kedudukannya selaku pendahulu Liga Super 2017 pada perlawanan keenam menentang pasukan tercorot, Pulau Pinang di Stadium Darul Aman, malam esok.

Walaupun gah di puncak liga, kerisauan tetap terpancar di riak wajah pengendalinya, Tan Cheng Hoe kerana rekod pertemuan kedua-dua pasukan utara ini sejak 2010 memihak kepada lawan.

Pulau Pinang menang dua perlawanan berbanding Kedah yang menang satu perlawanan sahaja dan selebihnya adalah keputusan seri pada 4 pertemuan Liga Super dan 4 pertemuan Liga Perdana.


Jelas Cheng Hoe, mereka akan cuba memadam badi berkenaan dan percaya ini merupakan masa sesuai untuk melakukannya.

"Kami tidak mempunyai pilihan lain kecuali menang di laman sendiri jika mahu terus selesa pada kedudukan sekarang kerana Kedah hanya beza satu mata sahaja dengan Pahang dan Perak.

Bagaimanapun, pemain perlu waspada dengan kebangkitan Pulau Pinang kerana tidak ada satu pasukanpun yang mahu terus kalah dan sudah tentu mereka akan bermatian-matian untuk memburu mata Sabtu ini (esok)," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Jelasnya, pertembungan dua pasukan utara ini sering menyajikan perlawanan sengit malah pasukannya sering buntu memburu mata kemenangan ke atas lawan sejak beberapa tahun lalu.

Menurutnya, keadaan ini menyaksikan beliau mahu pemain fokus sepenuhnya selain memanfaatkan peluang yang terhidang sebaik mungkin.

"Kami mungkin masih tidak dapat menggunakan beberapa khidmat tonggak antaranya Sandro Da Silva, Syazwan Zainon, Akram Mahinan dan Farhan Roslan menentang Pulau Pinang  kerana mereka masih belum sembuh dari kecederaan dan ini merupakan ruang terbaik kepada pemain muda lain untuk menunjukkan kemampuan masing-masing," katanya.

Sumber-sinar harian online 24 FEBRUARI 2017

Sabtu, 18 Februari 2017

Kelantan masih pencabar, kata Cheng Hoe

WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR
18 FEBRUARI 2017
 Kelantan masih pencabar, kata Cheng Hoe
Kelantan masih pencabar, kata Cheng Hoe Ketiadaan tonggak utama memberi ruang kepada pemain muda seperti Halim Shaari (dua kanan) diturunkan pada perlawanan kompetitif. -Foto Ahmad Zaki Osman
PENDAHULU Liga Super 2017, Kedah percaya lawan mereka malam ini, Kelantan mampu meleburkan rekod tanpa kalah empat perlawanannya setakat ini sekiranya mereka tidak bersedia sepenuhnya.

Berkunjung ke Stadium Sultan Muhammad IV bagi perlawanan kelima liga bukan satu tugas mudah apabila The Red Warrior juga pastinya akan mendapat sokongan penuh penyokong setia yang memenuhi gelanggang keramat mereka.

Ketua Jurulatih Kedah, Tan Cheng Hoe berkata, beliau masih percaya skuad kendalian Zahasmi Ismail itu antara pencabar terkuat liga musim ini walaupun dilaporkan menghadapi krisis kewangan.

Dalam pada itu, tersingkirnya Kelantan dari saingan Piala FA 2017 kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) pada pusingan kedua Piala FA 2017 Selasa lalu juga bukan faktor Hijau Kuning boleh memandang rendah keupayaan semasa pasukan tersebut.

"Mereka menghadapi dua perlawanan sebelum ini dan menang semuanya. Walaupun ada yang kata Kelantan menghadapi krisis kewangan namun pada saya percaya mereka masih lagi antara pasukan pilihan untuk mencabar Liga Super musim ini," katanya.

Turun dalam misi untuk memburu tiga mata penuh, bagaimanapun Kedah belum pasti dapat menurunkan beberapa tonggak utama kerana masih lagi dalam proses pemulihan kecederaan dan kecergasan.

Namun Cheng Hoe masih boleh menarik nafas lega apabila barisan simpanan masih mampu mengalas tugas yang ditinggalkan oleh pemain-pemain utama.

"Pemain-pemain lain masih lagi dapat bermain dengan baik pada perlawanan menentang Kuala Lumpur walaupun beberapa pemain utama terpaksa direhatkan," katanya.

Sumber-sinar Harian online 18 FEBRUARI 2017

Jumaat, 17 Februari 2017

Cheng Hoe puji 'Messi Kedah'

FARHAN (tengah) pamer aksi memukau ketika menentang Kuala Lumpur.
Alor Setar: Penyerang berbakat Farhan Roslan dengan aksi memukau ketika mencetak hatrik bagi membantu Kedah membenam Kuala Lumpur 4-2 pada pusingan kedua Piala FA di Stadium Darul Aman, kelmarin pantas mendapat pujian jurulatih Tan Cheng Hoe.

Farhan atau lebih dikenali sebagai ‘Messi Kedah’ dalam kalangan peminat Helang Merah, diberi kepercayaan Cheng Hoe untuk menggantikan tempat pemain sayap Syazwan Zainon yang direhatkan akibat kecederaan dan dia mempamerkan kepantasannya untuk mengkucar-kacirkan pertahanan lawan.

Menurut Cheng Hoe, ketangkasan Farhan juga membuktikan dia mampu menjalankan tugas sama seperti Syazwan yang dipanggil Wan Karpet dengan pemain muda itu bersungguh-sungguh sepanjang latihan sebelum ini.


“Sumbangan tiga gol itu melonjakkan semangat semua pemain untuk terus beraksi dengan lebih bersemangat. Jaringan pertamanya musim ini adaslah ketika kami mengalahkan Pahang, Sabtu lalu,” katanya.

Farhan yang sebelum ini berada dalam barisan simpanan, dilihat semakin bersedia menggalas tugas kesebelasan utama bagi mengharungi Liga-M yang masih panjang.

Menurut Cheng Hoe, secara keseluruhan beliau berpuas hati dengan persembahan pemain Kedah dalam perlawanan kelmarin.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 Februari 2017 @ 9:26 AM

Khamis, 16 Februari 2017

Kedah tak boleh leka

Oleh NORLIDA AKMAR IDROS
 
PEMAIN Kedah, Mohd. Rizal Ghazali (depan) cuba melepasi kawalan pemain Kuala Lumpur pada aksi pusingan kedua kempen Piala FA 2017 di Stadium Darul Aman, Alor Setar malam kelmarin. Kedah menang 4-2.

BARISAN pemain Kedah diingatkan jangan mudah leka, sebaliknya terus bekerja keras untuk mengatasi segala kelemahan yang ada.

Demikian tegas pengendali skuad Helang Merah, Tan Cheng Hoe selepas menyaksikan anak-anak buahnya menewaskan Kuala Lumpur 4-2 pada pusingan kedua kempen Piala FA 2017 di Stadium Darul Aman, Alor Setar malam kelmarin, sekali gus layak ke pusingan ketiga.

Menurut Cheng Hoe, para pemain tidak boleh berasa selesa, sebaliknya terus berusaha untuk me­ningkatkan prestasi masing-masing.

Pada aksi menentang Kuala Lumpur itu, barisan pemain Kedah telah memperagakan rentak permainan yang menakjubkan sehingga berjaya menghasilkan empat gol.

“Namun, atas kelekaan bahagian pertahanan, kita dibolosi dua gol oleh pasukan lawan,” kata Cheng Hoe ketika ditemui selepas aksi menentang Kuala Lumpur itu malam kelmarin.

Pada perlawanan tersebut, Kedah terlebih dahulu berada di hadapan menerusi jaringan pemain import, Liridon Krasniqi pada m-32 disusuli tiga gol disumbangkan Muhammad Farhan Roslan pada minit ke-35, ke-42 dan ke-62.

Kuala Lumpur pula memperoleh gol mereka menerusi jari­ngan sendiri pemain import Kedah, Zachary Michael Anderson pada mi­nit ke-75 selepas berlaku salah faham dengan penjaga gol­nya, Abd. Hadi Abd Hamid, diikuti gol kedua oleh Ibrahim Syaihul.

Jelas Cheng Hoe, para pemain perlu belajar daripada setiap perlawanan yang dilalui selain meningkatkan fokus kepada permainan.

“Kalau diikutkan, kita mempunyai banyak peluang untuk menjaringkan gol pada separuh masa kedua, namun ia tidak dapat disempurnakan dengan baik, jadi kita perlu lebih bersedia dan fokus ketika berada di depan pintu gol pasukan lawan,” ujarnya.

Cheng Hoe bagaimanapun memuji prestasi pemain muda, Muhammad Farhan yang berjaya mempamerkan aksi cemerlang dengan menyumbang tiga gol buat Kedah.

“Farhan mempunyai momentum dan keyakinan yang cukup baik selepas berjaya menjaringkan gol semasa menentang Pahang pada aksi Liga Super minggu lalu,” katanya.

Mengenai pertemuan Kedah dengan Kelantan pada aksi Liga Super, Sabtu ini, Cheng Hoe menjelaskan bahawa semua pemain Kedah perlu bersiap-sedia kerana Kelantan sudah pasti memberi tentangan hebat berdasarkan prestasi yang mereka pamerkan dalam dua perlawanan sebelum ini.

“Walaupun Kelantan berdepan dengan pelbagai krisis dalaman pada awal musim ini, namun mereka berjaya meraih kemenangan dalam dua perlawanan berturut-turut sebelum ini, jadi kami perlu sentiasa bersedia,” tambahnya.

Sumber-Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2017&dt=0216&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz4YrRCJpF5 Hakcipta terpelihara

Rizal sah milik Kedah

 Mohd. Rizal Ghazali (tengah) ketika menghadiri mesyuarat Jawatankuasa
Mohd. Rizal Ghazali (tengah) ketika menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Status FAM di ibu pejabat badan induk bola sepak negara itu di Kelana Jaya, sebentar tadi.- UTUSAN/ROZAIDI ZULKIFLI
16 Februari 2017 1:23 PM
KELANA JAYA 16 Feb.- Persoalan status tonggak pertahanan kebangsaan, Mohd. Rizal Ghazali akhirnya terjawab apabila dia disahkan milik Kedah menerusi keputusan mensyuarat Jawatankuasa Status Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), hari ini.

Situasi tersebut sekali gus memberi kelegaan buat Rizal dan penyokong Lang Merah apabila sebelum ini Felda United mendakwa pemain itu telah menandatangani kontrak bersama mereka terlebih dahulu daripada Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA).


Bagaimanapun pemain terbaik Piala Malaysia itu didapati bersalah dan dia dikenakan hukuman denda sebanyak RM25,000 menurut artikel 1(7)(d).- UTUSAN ONLINE 16.2.2017

Sabtu, 4 Februari 2017

KEPUTUSAN PENUH LIGA SUPER 4 .2.2017

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Felda United 1-1      Kedah
                            m-24 Ken Ilso
           
PKNS  5-3      Selangor

Perak  3-2      Melaka United
           
T-Team          1-0      Pulau Pinang

Sarawak         0-1      Pahang

                        m-24 Bright Dike

KEPUTUSAN MASA PERTAMA LIGA SUPER 4 .2.2017

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Felda United 0-1      Kedah
                            m-24 Ken Ilso
           
PKNS  5-3      Selangor
Perak  1-1      Melaka United
           
T-Team          0-0      Pulau Pinang

Sarawak         0-1      Pahang
                        m-24 Bright Dike

TERKINI Liga Super 4 .2.2017

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Felda United 0-1      Kedah
                            m-24 Ken Ilso
           
PKNS  5-3      Selangor
Perak  0- 0     Melaka United
           
T-Team          0-0      Pulau Pinang

Sarawak         0-1      Pahang

                        m-24 Bright Dike