Jumaat, 2 Februari 2018

Pemain tempatan jadi sandaran

BARISAN pemain Lang Merah memperagakan jersi baharu pasukan itu dalam Majlis Pelancaran Serta Memper
BARISAN pemain Lang Merah memperagakan jersi baharu pasukan itu dalam Majlis Pelancaran Serta Memperkenalkan Pasukan Lang Merah di Alor Setar, semalam. – BERNAMA
02 Februari 2018 3:00 AM

ALOR SETAR 1 Feb. – “Jangan bimbang, kami mempunyai 25 pemain yang boleh diharapkan dalam pasukan ini.”

ALOR SETAR 12 Disember 2017 - Ketua Jurulatih Skuad Liga Super
Ramon Marcot
Itu jawapan pengendali Lang Merah, Ramon Marcote ketika ditanya mengenai keputusan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) yang enggan menandatangani mana-mana pemain kuota ASEAN menjelang aksi pembukaan mempertahankan kejuaraan Sumbangsih di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Sabtu ini.


Menurutnya, sehingga kini beliau gembira dengan perkembangan pasukan, termasuk pemain-pemain tempatan yang diyakini mampu menampilkan permainan mantap buat pasukan.

“Saya mempunyai keyakinan tinggi terhadap pasukan ini dan saya tahu ramai yang meletakkan harapan tinggi kepada kami. Tetapi dalam bola sepak, anda tidak boleh meletakkan janji untuk memenangi itu dan ini kerana segalanya boleh berlaku.

“Apatah lagi kami akan menentang antara pasukan terbaik dan terkaya di rantau ini. Saya fikir keadaannya sukar dengan mereka memiliki ramai pemain import berkualiti serta antara pemain tempatan terbaik di Malaysia namun kami akan melakukan yang terbaik dalam perlawanan itu nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Pelancaran Jersi Serta Memperkenalkan Pasukan Lang Merah di Hotel Royal Signature di sini semalam.

Terdahulu dalam sidang akhbar sebelum itu, Presiden KFA, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah mengumumkan yang Kedah sah tidak akan menandatangani pemain import kelima menjelang aksi di Larkin bagi memberi peluang terlebih dulu kepada pemain tempatan untuk membuktikan keupayaan masing-masing.

Dalam pada itu, beliau menafikan laporan sebuah akhbar sebelum ini yang menyatakan kononnya dua pemain import Lang Merah, Alvaro Silva dan Sandro Da Silva sudah sah tidak akan diturunkan dalam perlawanan pembukaan itu.

“Saya tidak tahu bagaimana berita ini timbul tetapi apa yang saya katakan adalah Sandro kini sudah di peringkat akhir pemulihan dengan dia dijangka tidak mempunyai masalah untuk diturunkan dalam perlawanan itu.

“Bagi Alvaro pula, kami terus memantau tahap kecederaan dialaminya ketika menentang Suphanburi FC pada 24 Januari lalu sehingga ke saat-saat akhir bagi menentukan sama ada dia dapat diturunkan atau tidak,” katany
SUMBER-Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/pemain-tempatan-jadi-sandaran-1.601518#ixzz55vrFL1VR

© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan