Jumaat, 15 Disember 2017

Kedah, Johor FC jumpa lawan seimbang

ARKIB : 13/01/2009
KUALA LUMPUR - Kedah dan Johor FC berdepan lawan seimbang pada Kejohanan Piala AFC 2009 yang akan bermula 10 Mac ini dalam majlis undian di AFC House, Bukit Jalil, semalam.

Kedah diundi yang dalam Kumpulan G Asia Timur, berdepan kelab Hanoi ACB (Vietnam), Chonburi FC (Thailand) dan Eastern Athletic (Hong Kong).

Johor FC diundi dalam Kumpulan F Asia Timur bersama South China (Hong Kong) dan VB (Maldives).

Satu lagi pasukan dalam kumpulan itu bakal ditentukan menerusi perlawanan playoff sama ada kelab dari Indonesia, Singapura atau Thailand yang turut bersaing dalam Liga Juara-Juara AFC..

Pegawai Media Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Mohd. Fakhri Ahmad berkata, pengalaman beraksi di kejohanan itu musim lalu menjadi bekalan buat Kedah yang terkandas di suku akhir kejohanan edisi 2008.

Katanya, Kedah tetap mencuba yang terbaik walaupun tanpa khidmat pemain import musim ini.

''Kita tidak tahu sejauh mana kekuatan pasukan lawan dalam kumpulan cuma saya menyifatkan peluang Kedah seimbang.

''Prestasi Kedah dalam saingan liga tempatan yang agak merosot sekarang bukan halangan untuk kami memberikan yang terbaik dalam Piala AFC.

''Saya yakin Kedah akan menemui rentak selepas beberapa perlawanan Liga Super.

''Ketika itu kami sudah selesa untuk beraksi di Piala AFC,'' katanya ketika ditemui selepas undian semalam.

Nada yang sama dilaungkan Johor FC walaupun berstatus pasukan pengganti dalam Piala AFC selepas Selangor dan Negeri Sembilan menolak tawaran beraksi dalam kejohanan musim ini.

Pengurus pasukan, Md. Faizal Abdullah berkata, Johor FC memandang serius Piala AFC walaupun menyedari statusnya sebagai sebuah kelab kerdil.

''Kami menganggap kejohanan ini sebagai tugas dan tanggungjawab besar, kami adalah wakil Malaysia, tidak sekadar wakil kelab.

''Kami akan memberikan yang terbaik walaupun dibarisi pemain muda yang berusia di antara 23 hingga 24 tahun yang amat memerlukan pendedahan,'' katanya.

Sementara itu, sebanyak 29 pasukan yang diundi dibahagikan kepada lapan kumpulan, empat pasukan setiap kumpulan.

Tiga lagi pasukan akan ditentukan dari penentuan playoff, menjadikan kejohanan kali ini pertama kali disertai 32 pasukan.

Lima kumpulan tersebut dibahagikan kepada Asia Barat (lima kumpulan) dan Asia Timur (tiga kumpulan).

Juara bertahan Al Muharraq dari Bahrain diundi bersama juara edisi 2006 kelab Jordan, Al Faisaly dalam Kumpulan E, juga Al Majd (Syria).

Perlawanan peringkat kumpulan akan bermula pada 10 Mac dan perlawanan timbal balas pada 19 Mei.

Perlawanan pusingan kalah mati 16 pasukan akan bermula pada 26 Mei bagi Asia Barat dan 23 Jun bagi Asia Timur.

Perlawanan akhir secara timbal balas ditetapkan pada 27 Oktober dan 3 November ini.
SUMBER-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0113&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_07.htm#ixzz51NYmZxfq

© Utusan Melayu (M) Bhd

Khamis, 14 Disember 2017

'Psikologi pemain tak terjejas'

ARKIB : 05/01/2009
ALOR STAR - Ketua jurulatih bola sepak Kedah, Mohd. Azraai Khor Abdullah yakin psikologi anak buahnya tidak terjejas dengan kekalahan besar 1-4 kepada Selangor dalam aksi pembuka tirai Liga Malaysia 2009 kelmarin, lapor SHARIZA ABDULLAH.

Meskipun kekalahan dalam perlawanan Sumbangsih itu seolah-olah membenarkan tanggapan sesetengah pihak bahawa kekuatan Sang Kenari sebelum ini bersandarkan sepenuhnya kepada pemain import, namun dia percaya anak buahnya tidak akan terpengaruh dengan andaian seumpama itu.

Menurutnya, pemain Kedah mempunyai kelebihan dan kekuatan tersendiri serta mampu mempamerkan persembahan bertenaga tanpa kehadiran pemain import dalam usahanya mempertahankan tiga kejuaraan yang dirangkul sejak dua musim lalu.

"Itu semua andaian orang semata-mata. Saya percaya psikologi pemain saya tidak akan terjejas ekoran kekalahan itu.

"Dalam perlawanan semalam (kelmarin) pun kita masih mampu beraksi baik walaupun terpaksa bermain dengan 10 pemain dalam tempoh kira-kira 40 minit," katanya.

Dalam perlawanan pembuka tirai Liga Malaysia 2009 yang juga merupakan perlawanan Sumbangsih bagi merebut Piala Sultan Ahmad Shah di Stadium Darul Aman malam kelmarin, Kedah dibelasah pasukan Selangor 1-4, sekali gus meranapkan impian juara treble berganda itu untuk merangkul trofi ketujuh dalam dua musim.

Mohd. Azraai berkata, masih terlalu awal untuk membuat andaian mengenai kekuatan mana-mana pasukan pada musim ini dan dia memandang kekalahan tersebut sebagai satu perkara positif untuk memperbaiki persembahan Hijau Kuning dalam perlawanan akan datang.

Malah menurutnya, tahun lalu juga, persembahan pasukan Kedah pada awal musim kurang memberangsangkan tetapi mampu bangkit sekali gus merangkul trofi Liga Super, Piala Malaysia dan Piala FA.

Dalam pada itu, mengulas mengenai aksi buruk Helmi Eliza Elias yang melepaskan gol mudah sehingga dilihat menjadi punca kekalahan Sang Kenari kepada Selangor, Mohd. Azraai berpendapat penjaga gol kebangsaan itu masih dihantui 'badi' persembahan buruk pada kejohanan Piala AFF baru-baru ini.

Justeru, katanya, peluang kini terbuka kepada penjaga gol simpanan skuad Hijau Kuning untuk merebut posisi utama apabila Helmi mungkin direhatkan buat sementara waktu bagi memberinya masa memulihkan persembahan dan keyakinan diri.

Sementara itu, jurulatih Selangor, K. Devan berkata, gol awal yang diperoleh pasukannya ketika menentang Kedah telah memberi semangat kepada pemain-pemain Gergasi Merah untuk memberikan aksi bertenaga sepanjang perlawanan.

SUMBERArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0105&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_05.htm#ixzz51Hj5WI5A

© Utusan Melayu (M) Bhd

Selasa, 5 Disember 2017

Muharraq FC belasah Kedah 5-0

ARKIB : 18/09/2008
Abdulla Isameel Omar (kiri) dari Muharraq FC dihalang oleh pemain Kedah , Shafizan Hashim dalam perlawanan suku akhir Piala AFC di Manama, semalam. - AFP

KUALA LUMPUR - Tanpa khidmat import, gelaran juara 'treble' berganda seakan-akan tidak membawa makna buat Kedah apabila dibelasah 5-0 oleh kelab Muharraq FC dari Bahrain pada perlawanan suku akhir pertama bola sepak Piala AFC di Manama, semalam.

Kedah yang kehilangan trio importnya - Marlon Alex James, Bernard Huggins dan Nelson San Martin ternyata pincang tanpa bantuan pemain import.

Kekalahan pasukan menjuarai Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia dua musim berturut-turut itu lebih malang berbanding satu lagi wakil negara, Perak yang juga kehilangan penyerang, Carlos Caceras, tumpas tewas 0-2 kepada Safa SC dari Lebanon di Stadium Perak dekat Ipoh, kelmarin.

Pada perlawanan di Manama, semalam pemain tengah antarabangsa Bahrain, Mahmood Abdulrahman menjaringkan dua gol untuk Muharraq kini hanya 'sebelah kaki' ke peringkat separuh akhir Piala AFC.

Kedua-dua pasukan bagaimanapun kebuntuan gol pada separuh pertama, namun serangan bertali arus dalam tempoh 25 minit terakhir hampir menutup sama sekali peluang Kedah untuk meneruskan kemaraan.

Khaled Salmeen membuka tirai jaringan tuan rumah pada minit ke-65 dan Abdulrahman menambah gol kedua lapan minit kemudian sebelum pasukan tuan rumah melengkapkan pesta gol menerusi Rico (Leandson Dias da Silva), Fahad Al Hardan dan Abdulrahman sekali lagi pada lima minit terakhir perlawanan.

Sementara itu, jurulatih Kedah, Mohd. Azraai Khor Abdullah mengakui ketiadaan ketiga-tiga tonggak import tersebut amat dirasai dalam perlawanan antarabangsa seperti Piala AFC.

Kata Azraai, ketiadaan pemain import yang telah pun meninggalkan pasukan Kedah menyebabkan dia terpaksa menggunakan pemain tempatan yang kurang pengalaman di dalam kejohanan besar seperti itu.

"Kami berjaya mempertahankan kedudukan tanpa jaringan di babak pertama. Namun, tekanan berterusan menyebabkan pemain- pemain menjadi letih mengakibatkan lima gol dihasilkan lawan," katanya yang dipetik dalam laman web AFC.

Pada perlawanan peringkat kumpulan sebelum ini, Marlon dan Nelson masing-masing menjaringkan empat gol daripada 13 gol yang di hasilkan oleh Kedah.

Kedah akan menjadi tuan rumah kepada Muharraq dalam perlawanan suku akhir kedua di Stadium Darul Aman, Alor Star pada 23 September ini.

SUMBERArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0918&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz50Rpzsu00

© Utusan Melayu (M) Bhd

Kedah ada peluang

ARKIB : 16/09/2008
Oleh ABDUL HAFIZ AHMAD

Mohd. Khyril Muhymeen Zamri bakal menjadi antara tonggak Kedah selepas ketiadaan pemain import dalam pertemuan dengan Al Muharraq di Bahrain malam ini.

KUALA LUMPUR – Jika Kedah kehilangan trio importnya - Marlon Alex James, Bernard Huggins dan Nelson San Martin, nasib Al Muharraq pula lebih teruk kerana turun ke suku akhir pertama bola sepak Piala AFC hari ini tanpa enam tonggak yang masih bersama skuad kebangsaan Bahrain.

Ia sekali gus membuka sedikit peluang untuk juara tiga piala Liga Malaysia itu menyambar sekurang-kurangnya satu mata dari Stadium Kebangsaan, Manama sebagai bekalan semangat apabila menanti lawan di Alor Star dalam suku akhir kedua, 23 September ini.

Ketiadaan mereka disahkan oleh jurulatih Al Muharraq, Salman Sharida kepada laman web Gabungan Bola Sepak Asia (AFC), the-afc.com di Manama, semalam, dengan menambah, khidmat kesemua tonggak itu cuma dapat diperoleh semula pada Khamis ini.

“Persediaan kami terjejas tanpa mereka setelah kami turut kehilangan penjaga gol utama, Ali Hassan kerana kecederaan perut, Hamad Al Dakeel (betis) dan penyerang dari Brazil, Leandson Silva yang baru terbabit dengan kemalangan kereta,” katanya.

Salman juga tidak memperlekehkan kemampuan Kedah walaupun Muharraq mempunyai kelebihan gelanggang sendiri selain dengan reputasi gah selaku naib juara Piala AFC 2006 dan juara Liga Bahrain sebanyak 30 kali.

“Kami mesti mendapatkan kelebihan awal dengan memenangi perlawanan ini tetapi lawan tetap sebuah pasukan yang tersusun dan jika tidak bagus, mereka tidak akan sampai sejauh suku akhir Piala AFC ini,” katanya.

Muharraq bagaimanapun sempat mengadakan persediaan dengan beraksi dalam Liga Juara-juara GCC bulan lalu malah berhasrat menghadiahkan kemenangan untuk penyokong sendiri.

Marlon, penjaring terbanyak Liga M 2007-2008 dan Huggins sudah pun berhijrah ke Vancouver Whitecaps di Liga Bola Sepak Utama (MSL) Amerika Syarikat sementara Nelson pulang ke negara asal, Chile selepas membantu Kedah menjulang Piala Malaysia, Liga Super dan Piala FA.

Malah ketiadaan Marlon, penyerang St. Vincent dan Grenadines dan Nelson yang menyumbangkan lapan gol untuk membantu Kedah muncul naib juara Kumpulan D cukup dirasai oleh jurulatih, Azraai Khor Abdullah dalam persaingan kalah mati ini.

“Tugas dan cabaran kami lebih getir tanpa mereka tetapi kami tetap akan mencuba yang terbaik selepas mencapai sasaran awal dengan melepasi peringkat kumpulan. Sebarang keputusan yang bagus dalam suku akhir dianggap satu bonus bagi kami,” katanya.

SUMBERArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0916&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz50OYrhney

© Utusan Melayu (M) Bhd