Ahad, 30 Ogos 2020

Lang Merah menang biarpun gaji tertunggak

Oleh Sufian Hadi Bin Mohd Sojak

29 Ogos 2020, 11:33 pmKUALA LUMPUR: Gaji tertunggak bukan menjadi tembok penghalang untuk Kedah menewas Polis Diraja Malaysia (PDRM) 2-0 dalam aksi sambungan Liga Super musim ini, sebentar tadi.Saingan di Stadium Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras itu menyaksikan Tchetche Kipre muncul wira Kedah apabila meledak dua gol masing-masing pada babak pertama.


Penyerang dari Ivory Coast itu membuka jaringan pada minit ke-29 selepas menyempurnakan sepakan penalti, disusuli gol kedua pada minit ke-36.“Bukan mudah untuk mengharungi perlawanan selepas lebih lima bulan tidak beraksi di pentas kompetitif.

“Mereka telah mempamerkan aksi bertenaga dan penuh semangat. Saya gembira dengan persembahan anak-anak buah saya.

“Perlawanan yang agak sukar sebenarnya pada malam ini, namun apa yg penting kami memperoleh tiga mata penting,” kata jurulatih Kedah, Aidil Sharin Sahak selepas tamat perlawanan.Kemenangan tersebut menyaksikan Lang Merah memungut tujuh mata setelah menang dua, seri sekali dan tewas dua.

Difahamkan, gaji skuad Lang Merah masih tertunggak dan dijangka dapat dilunaskan dalam tempoh seminggu selepas perlawanan malam ini.


Kedah bakal melayani kunjungan Petaling Jaya City bagi mengharungi perlawanan keenam, Sabtu depan.SUMBER-SUKAN UM ONLINE

'Komitmen pemain satukan Lang Merah'

  SUKAN»Bola

Ahad, 30 Ogos 2020 | 8:46pm

Pemain pertahanan PDRM (biru) bertungkus lumus mengekang serangan Kedah pada aksi Liga Super di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, semalam. Foto BERNAMA

Pemain pertahanan PDRM (biru) bertungkus lumus mengekang serangan Kedah pada aksi Liga Super di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, semalam. Foto BERNAMA

'Komitmen pemain satukan Lang Merah'

Oleh Syafiq Aznan

syafiq.aznan@bh.com.myKUALA LUMPUR: Terpalit isu tunggakan gaji selama lima bulan, namun Kedah membuktikan situasi itu bukan penghalang untuk mereka beraksi baik apabila menang 2-0 ke atas PDRM di Cheras, di sini, kelmarin.

Jurulatih skuad Lang Merah, Aidil Sharin Sahak mengakui apa yang membelenggu pasukan itu bukanlah satu perkara yang mudah namun dia bersyukur dikelilingi pemain dan barisan kejurulatihan yang sentiasa komited.

"Sejujurnya, tidak mudah kalau anda pun berada dalam situasi saya tidak menerima gaji selama lima bulan. Tetapi apa yang boleh saya katakan mengenai moral pemain, sikap dan komitmen mereka menyatukan semua.

"Banyak pejuang dan pembantu dalam pasukan ini yang membolehkan kita mengharungi situasi sebegini. Ini dibuktikan apabila kita berjaya mengutip tiga mata malam ini (kelmarin). Kita beri sokongan kepada pengurusan untuk selesaikan masalah ini dan saya yakin moral pemain akan lebih bertambah baik.


"Kita memiliki pemain senior yang baik dan pemain import yang sentiasa percaya untuk meraih sesuatu musim ini sekalipun berdepan masalah. Pada waktu ini, tiada sesiapa yang sepatutnya berhenti dan kita perlu kekal bersama.


"Sangat penting untuk ada pemain senior dan kapten yang baik. Jadi saya bertuah ada semua ini jadi saya harap ia tidak berhenti setakat ini dan diteruskan dalam baki perlawanan musim ini," katanya.


Mengulas lanjut aksi berkenaan, Aidil mengakui percaturan untuk membuat sedikit perubahan pada aksi terbabit membuahkan hasil apabila ayam tambatannya, Tchetche Kipre cemerlang meledak dua gol.


"Kipre bermain dengan posisi berbeza malam ini (kelmarin) di mana saya tidak letakkan dia sebagai penyerang tetapi di bahagian kiri yang sebelum ini sering diisi Hadin (Azman). Kita cuba lakukan kelainan sebab kita mahu main dengan cara berbeza.


"Kipre beraksi dengan baik dan mendapat dua gol. Rakan sepasukan juga banyak membantu dia. Jadi pujian perlu diberikan kepada semua atas persembahan ini. PDRM adalah lawan yang sukar kerana sentiasa menekan kita sepanjang 90 minit perlawanan," katanya.SUMBER-SUKAN BH ONLINE

Sabtu, 29 Ogos 2020

Kedah lupa soal gaji, Selangor buntu

MyMetroArena

Pemain Selangor, Mohd Syazwan Zainon (kiri) diasak pemain PJ City, Mahalli Jasuli pada aksi Liga Super. FOTO Muhammad Asyraf Sawal

Syazwan Msar

mohdsyazwan@hmetro.com.myGAJI tak dapat bukan masalah untuk pemain Kedah mencatat keputusan positif apabila berjaya menundukkan PDRM 2-0 di Stadium Kuala Lumpur, Cheras, sebentar tadi.

Walaupun dipalit dengan pelbagai isu termasuk tidak menerima gaji hampir empat bulan, pemain Kedah tetap memberikan persembahan terbaik untuk membawa pulang tiga mata penting selepas lebih tiga bulan berehat akibat pandemik Covid-19.


Peledak utama Kedah, Kipre Tchetche menjadi duri dalam daging bagi skuad The Cops apabila meledak dua gol dalam separuh masa pertama masing-masing pada minit 29 menerusi sepakan penalti manakala selang enam minit kemudian dia sekali lagi menggegarkan gawang tuan rumah hasil umpanan, Kpah Sherman untuk kedudukan 2-0.


Babak kedua bersambung menyaksikan tiada sebarang gol dijaringkan walaupun skuad bimbingan Mohamad Ishak Kunju Mohamad cuba mengatur serangan dengan keputusan kekal sehingga tamat perlawanan.



Sementara itu, perlawanan membabitkan Selangor dan PJ City di Stadium UiTM Shah Alam pula menyaksikan tiada sebarang gol berjaya dicipta oleh kedua-dua pasukan.


Walaupun skuad bimbingan B Sathiananthan dilihat lebih banyak mengasak ke kubu lawan namun pujian harus diberikan barisan benteng PJ City apabila berjaya mengekang setiap percubaan ke gawang.


Malah, melihat bahagian serangan semakin tumpul, Sathia memasukkan Wan Zack Haikal Wan Nor dan Ifedayo Olusegun namun ternyata usaha terbabit tidak cukup untuk meledak sebarang gol.


SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 29 Ogos 2020 @ 11:31 PM

Lang Merah menang biarpun gaji tertunggak


Oleh Sufian Hadi Bin Mohd Sojak

29 Ogos 2020, 11:33 pm


KUALA LUMPUR: Gaji tertunggak bukan menjadi tembok penghalang untuk Kedah menewas Polis Diraja Malaysia (PDRM) 2-0 dalam aksi sambungan Liga Super musim ini, sebentar tadi.


Saingan di Stadium Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras itu menyaksikan Tchetche Kipre muncul wira Kedah apabila meledak dua gol masing-masing pada babak pertama.


Penyerang dari Ivory Coast itu membuka jaringan pada minit ke-29 selepas menyempurnakan sepakan penalti, disusuli gol kedua pada minit ke-36.


“Bukan mudah untuk mengharungi perlawanan selepas lebih lima bulan tidak beraksi di pentas kompetitif.


“Mereka telah mempamerkan aksi bertenaga dan penuh semangat. Saya gembira dengan persembahan anak-anak buah saya.


“Perlawanan yang agak sukar sebenarnya pada malam ini, namun apa yg penting kami memperoleh tiga mata penting,” kata jurulatih Kedah, Aidil Sharin Sahak selepas tamat perlawanan.


Kemenangan tersebut menyaksikan Lang Merah memungut tujuh mata setelah menang dua, seri sekali dan tewas dua.


Difahamkan, gaji skuad Lang Merah masih tertunggak dan dijangka dapat dilunaskan dalam tempoh seminggu selepas perlawanan malam ini.


Kedah bakal melayani kunjungan Petaling Jaya City bagi mengharungi perlawanan keenam, Sabtu depan.SUMBER-UTUSAN ONLINE